BAB 8

Drama Completed 610

Aku betul – betul tak sangka yang redza sebenarnya sukakan aku. Lepas lunch semalam, redza hantar aku pulang. Dalam perjalanan itulah dia meluahkan isi hatinya pada aku. Rupanya sejak minggu kedua kami berkenalan dia dah mula tertarik pada aku. Cumanya tak berkesempatan nak beritahu memandangkan aku waktu itu masih lagi belajar. Hubungan aku dengan idham juga di salah ertikan,katanya aku dan idham mempunyai hubungan istimewa. Aku akui betapa rapatnya hubungan kami tetapi hanya terbatas sebagai teman sahaja. Teman tapi mesra itulah jolokan yang kami dapat ketika masih lagi menyambung pengajian di universiti. Aku hanya mendiamkan diri waktu redza mengimbas kembali saat itu. Tiada sepatah perkataan keluar dari mulut aku. Nak kata aku tak sukakan redza, bohonglah! Nak kata aku betul – betul sukakannya pun tak boleh juga. Kalau setahun lepas mungkin ya, tapi sekarang aku sendiri tak tahu apakah perasaan itu masih bersisa lagi. Ketika itu wajah idham seakan – akan mengusai seluruh ruang fikiran aku. Kenapa pulak aku teringat kat dia sekarang ni, kacau betullah…! Redza memerhatikan aku yang ternyata seakan – akan blur dengan apa yang cuba dia sampaikan. Aku tak boleh nak berfikir, otak aku jem! Akhirnya redza bersuara dan memberikan aku waktu untuk berfikir, mungkin dia perasan yang aku seperti mahu mengelak diri. Sebaik sahaja sampai di pintu pagar rumah, aku terus keluar dari kereta tanpa berkata apa- apa. Hanya senyuman palsu yang boleh aku lemparkan waktu itu. Fikiran ku kusut!

Kepada idham lah tempat aku mengadu, aku ingin dia tahu perasaanku ketika ini. Malam itu idham datang setelah aku menelefonnya. Papa dan mama keluar menghadiri jamuan di rumah kliennya. Aku duduk berteleku di luar rumah menunggu idham. Hatiku lega tatkala mendengar bunyi enjin motor di hentikan.

“Kenapa tergesa – gesa ni, kau sakit ke?” tegurnya sambil memegang dahiku. Hampir mengalir saja air mata ini melihat idham begitu mengambil berat akan diriku.

“Aku sihat Am, Cuma hati aku sakit” jawabku perlahan. Kami duduk dan Am tak lepas memerhatikan aku.

“Redza nak aku jadi isterinya” ringkas, tapi cukup membuat am terkejut.

“Zila macam mana?”

“Dah putus last week”

“Apa jawapan kau?”

“Aku tak beri apa – apa jawapan, aku perlukan masa… aku perlukan kau, restu kau”

“kau kan suka dia, apa masalah lagi?”

“Aku mungkin sukakan dia tapi…” belum sempat aku menghabiskan ayat, idham terus mencelah..

“Shela , tanya hati kau. Aku sayangkan kau tapi sampai bila aku nak berada di sisi kau? Nanti semua lelaki takut dekat dengan kau di sebabkan salah faham hubungan kita. Lagipun permohonan aku melanjutkan pelajaran ke jepun sudah di terima, next two week aku akan tinggalkan Malaysia. Inilah masanya Shela , kau akan berdikari tanpa aku dan aku rasa redza orang yang sangat sesuai dan lebih baik daripada aku”

“Idham aku tak boleh lakukan semua tu tanpa kau, aku tak sedia lagi. kenapa mesti sekarang kau nak tinggalkan aku, kau tak sayang aku Am?”

“Redza kan ada, buat apa lagi aku di sini… dah tentu aku sayangkan kau, you are my bestfriend, lagipun dia tak suka aku dekat dengan kau” kata idham lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience