BAB 11

Humor Completed 1713

‘Tak cantik ke gambar aku ni? Puas aku edit bagi putih melepak, licin mulus kulit muka aku ni…,’ keluh Farhana sendiri. Dia kecewa.

‘Bila lah posting-posting aku nak famous ni? Tak ada ke sapa-sapa yang berminat nak ambik aku jadi model tudung diorang ke?’ Farhana mengeluh lagi. Dia baring menelentang di atas katil dengan lengan melintang di dahi.

‘Tak pun…, ada lah anak orang kaya yang jatuh cinta dengan aku ke dan berkenan nak ambik aku jadi isteri. Merasa lah aku jadi isteri jutawan…dapat jugak hidup senang.” Angan-angan Farhana semakin lama semakin berkembang dengan pelbagai teori.

Dia mengangankan bermacam-macam kemungkinan jika postingnya menjadi famous di laman sosial sehingga akhirnya dia tertidur dengan mimpi indah.

“Memori daun pisang….basah baju kita…basah hati kita….” Farhana dan Imran berpusing-pusing menari di dalam hujan dengan penuh rasa cinta dan sayang. Farhana berteduh di bawah pelepah pisang yang dipegang oleh Imran untuk memayungkan mereka dari hujan yang turun dengan lebat.

Habibah merenjiskan lagi air ke muka Farhana yang sedang tidur tersengih-sengih. Geram sungguh hatinya apabila anak daranya itu membuta walaupun sudah pukul 7.30 malam.

Sudah puas diketuknya pintu bilik namun tidak juga dibuka. Nasib baik pintu lupa dikunci, terus Habibah menerpa masuk dan memang menggelegak darahnya apabila melihat tubuh gempal itu sedang sedap tergolek tidur.

Oleh kerana renjisan air tidak berjaya membangunkan Farhana, Habibah terus membuka penutup spray kemudian terus menuangkan air ke atas muka Farhana. Kali ini cubaannya berjaya. Terkocoh-kocoh Farhana bangun.

“Mak!!!! Apa ni!!!!” Menjerit Farhana apabila dia tersedar. Dia bermimpi rupa-rupanya. Banjir besar di dalam mimpinya tadi rupanya disebabkan air yang dijirus oleh emaknya sendiri.

“Berangan…, lepas tu tidur…mimpi yang bukan-bukan. Apa nak jadi kau ni hah??? Tidur sampai Maghrib. Kalau tak kejut.., tak bangun. Ini ke perangai nak jadi menantu orang kaya?” bebel Habibah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience