BAB 3

Humor Completed 1713

Baru selesai tiga biji pinggan, Farhana membasuh tangannya. Dia mengelap tapak tangannya ke tepi seluar jeans yang dipakai. Farhana berjalan perlahan-lahan ke pintu dapur.

Dia mengintai kelibat emaknya. Dia pasti emak sudah masuk ke dalam bilik kerana bebelannya sudah tidak kedengaran. Farhana ketawa kecil apabila melihat emaknya sudah tertidur di sofa.

Terkocoh-kocoh dia kembali semula ke sinki. Telefon bimbit yang berada di dalam poket seluar dikeluarkan.

Beberapa keping gambar pinggan yang berlonggok di dalam sinki dan gambar tangan kanannya yang sedang memegang span yang bersabun diambil.

Sambil matanya menghendap pintu dapur, bimbang jika emak tiba-tiba pula muncul di situ, Farhana terus membuat posting ke Instagram dengan caption

“Selangkah menjadi isteri Mithali eh silap anak mithali membantu permaisuri hatiku membasuh pinggan. Anak dara jangan malas-malas tau!’’ tulisnya.

“Apa lagi kau buat tu anak dara oi! Aku suruh basuh pinggan dari tadi, tak habis-habis lagi ke kau nak bermain dengan telefon?”

Kaget Farhana apabila tiba-tiba sahaja emaknya sudah tercegat di dapur. Entah bila orang tua itu sudah berada di situ, Farhana langsung tidak sedar.

Nasib baik la telefonnya tidak terlepas dari tangan, jika tidak menangis lah dia sebab kena beli telefon baru.

Mana dia nak cari duit tengah-tengah bulan macam ni. Yang lebih memeritkan…, tak dapatlah dia nak mengemaskinikan status nya di Instagram, twitter, Instagram dan whatsapp nanti. Boleh gila dibuatnya….

“Mak ni kan memanglah nak tengok anak mak ni mati awal, lemah jantung orang dibuatnya,” rungut Farhana. Telefon bimbit terus disumbatkan semula ke dalam poket seluar. Dengan perasaan geram, span yang berbuih terus ditonyoh ke pinggan yang kotor.

“Tengok tu. Bila aku cakap mula la kau nak merepek. Mulalah tunjuk perangai. Hisshh anak dara jenis apalah kamu ni!” bebel Habibah lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience