BAB 2

Humor Completed 1713

Kain baju yang baru sahaja diangkat dari penyidai di luar rumah dilonggokkan di atas sofa di ruang tamu.

Dia duduk di sofa kulit yang sudah pecah-pecah permukaannya kerana sudah dimakan usia. Peluh yang berminyak di muka dilapkan dengan hujung baju kurung kedahnya.

Nafas Habibah turun naik dengan laju. Akibat tubuh yang berisi, cepat sahaja dia penat walaupun hanya beberapa langkah sahaja yang diperlukan untuk sampai ke tempat yang hendak dituju.

Hendak diharapkan anak dara seorang tu, alamatnya reput lah kain-kain tu semua di ampaian.

“Farhana oiii….!!! Jerit Habibah lagi apabila Farhana masih tidak keluar dari bilik. Perasaan marah sudah menguasai dirinya. Ada di rumah pun menyakitkan hati…, tapi kalau tak ada di depan mata, lagilah dia risau.

“Aku panggil dari tadi, dah dekat sepuluh minit tak keluar-keluar lagi ni. Apa yang kamu buat dalam bilik tu? Pengsan ke?” Sekali lagi Farhana membebel. Jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang. Sikit lagi suaminya akan balik dari pejabat. Banyak lagi kerja-kerja rumah yang masih belum disiapkannya.

Farhana melangkah malas keluar dari bilik

“Alah kecohlah mak ni…, orang nak rehat kejap pun tak boleh,” omel Farhana kemudian terus berjalan menghentak kaki menuju ke dapur.

“Sekejap apa nya. Dari sejak pagi rehatnya tak cukup-cukup? Aku ni kat rumah ni dah macam-macam kerja aku buat. Dari depan rumah sampai lah ke dapur.

Yang kamu tu asyik la mengadap telefon tu tak sudah. Kalau dengan mengadap telefon tu semua kerja siap tak apa jugak. Tak ada lah aku nak bising,” marah Habibah lagi.

‘’Dahlah mak, toksah nak berleter…” Farhana menjawab. Tangannya sudah mula memegang span basuh pinggan. Pinggan-pinggan yang penuh berlonggok di dalam sinki diambilnya satu persatu kemudian disabun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience