BAB 14

Humor Completed 1713

"Haissh kamu ni Farhana. Mati aku dibuatnya," marah Habibah selepas dia dapat mengawal diri. Letih dirasakannya apabila terjoget-joget tadi. Jika tidak difikirkan keadaan Farhana yang sakit sekarang, mahu saja dia menampar mulut itu supaya diam.

"Farhana ni sakitlah mak...," rengek Farhana.

“Farhana …, sabar nak. Tapi Alhamdulillah kau dah sedar,” pujuk Habibah kemudian mengusap wajah Farhana. Kasihan pulak hatinya melihatkan keadaan Farhana sekarang.

Dengan muka yang bercalar balar dan kaki kanan yang tergantung selepas disimen akibat patah selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihempap pula oleh motor.

“Mak…, apa kena dengan kaki Farhana ni mak?” tanya Farhana dengan perasaan takut. Adakah dia akan cacat seumur hidup? Kalau cacat…, musnahlah impiannya selama ini untuk jadi popular.

“Doktor kata patah dan retak tapi boleh baik semula Farhana. Cuma kena ambil masa…,” pujuk Habibah lagi.

“Telefon Farhana mana mak?” tanya Farhana dengan wajah yang sedih.

Meruap jugaklah darah Habibah apabila Farhana masih lagi ingatkan telefon bimbitnya walaupun sudah terlantar begini gara-gara telefon bimbit itu juga.

“Ni yang aku marah ni. Sebab telefon tu lah kau terlentang macam ni tau tak? Tak sabar-sabar lah nak sampai kat pasar malam tu untuk tengok telefon tu. Telefon tu dah kena ragut sebab sikap cuai Farhana ni lah…,” bebel Habibah panjang lebar. Tidak tahan lagi rasanya dengan sikap Farhana yang tidak habis-habis dengan angan-angan untuk menjadi popular di laman sosial.

Keesokannya…..

“Farhana …, hajat kamu nak jadi “famous” dah tercapai. Nah, tengok ni.” Taher meletakkan suratkhabar Sinar Harian hari itu di atas peha anaknya.

Farhana yang tidak tahu apa-apa tercengang-cengang namun dia mengambil juga suratkhabar itu. Matanya terbeliak membaca tajuk berita yang terpapar.

“REMAJA PEREMPUAN DIRAGUT KETIKA KEMASKINI FOTO DI INSTAGRAM.’’ Seraya Farhana menekup wajahnya dengan suratkhabar Harian Metro itu. Malu oi!

Mana dia nak letak muka bila headline dan wajahnya terpempang di dada akhbar.Pasti jiran tetangga dan kawan-kawannya akan membahannya dan dia akan jadi bahan lawak untuk entah berapa lama.

Ya benar, Impian Farhana mahu jadi terkenal dan tular kalau boleh biar sampai masuk motif viral. Jadi dia akan usahakannya, untung-untung dengan duit terkenal itu nanti dia mampu menjadi selebriti sebaris dengan Fazura dan Neelofa namun bukan dengan cara ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience