BAB 6

Humor Completed 1713

“Farhana biasalah…, dalam bilik. Man keluar jumpa kawan katanya tadi. Ada nak bincang pasal projek sekolah,” jawab Habibah kemudian dia terus ke dapur.

Tidak sampai lima minit, Habibah datang semula ke ruang tamu dengan menatang dulang berisi satu teko, dua cawan dan sepiring pisang goreng. Perlahan-lahan dia meletakkan dulang itu di atas meja kopi di hadapan mereka.

“Panggillah Farhana minum sekali. Apa dibuatnya asyik berkurung dalam bilik tu. Dia dah dapat kerja ke belum? Dah dekat sebulan habis belajar…, tak ada ke dapat mana-mana kerja?” tanya Taher sambil tangannya mencapai goreng pisang yang sudah suam.

“Entah le.., tapi katanya tadi kat saya…, dia nak buat video jadi apa ke…. Haa…“famous”. Terkial-kial Habibah menyebut perkataan yang baru pertama kali didengarnya tadi.

Terlopong mulut Taher mendengarnya.

“Famous? Apa yang nak difamous kannya?” tanya Taher.

“Entahlah….abang tahu ke famous tu apa bang? Hisshhh.., saya ni manalah faham bahasa orang sekarang ni. Dia kata pasal online semua ni,” sambung Habibah lagi.

“Famous tu…, bila apa-apa gambar ke…, video ke yang diorang post kan kat laman sosial macam Instagram, twitter atau Instagram ke tiba-tiba jadi popular, ramai yang suka sampai berpuluh-puluh ribu orang yang share ke….,” jelas Taher mengikut fahamannya sendiri.

“Ooo…, tu yang Farhana kata tadi dia nak jadi popular kot-kot ada pengarah filem nak ambik dia jadi pelakon ke nanti…” Panjang sahaja muncung Habibah apabila dia sudah faham apa yang dijelaskan oleh suaminya tadi.

Taher pula hampir tersedak kopi apabila mendengar kata-kata isterinya. Hendak ketawa pun ada.

“Farhana nak jadi pelakon filem?” tanya Taher lagi. Cawan di tangan terus diletakkan semula ke atas dulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience