BAB 7

Humor Completed 1713

“Nak pegang watak apa? Heroin?” tanya Taher lagi sekadar mengusik. Habibah turut tersengih mendengar pertanyaan suaminya.

“Farhana !!!” panggil Taher dari sofa. Oleh kerana tiada jawapan dari dalam bilik, Habibah terus bangun mengetuk pintu bilik anak daranya itu.

Farhana yang sedang berselfie siap dengan solekan muka agak tebal dan bertudung kepala terkejut bukan main.

Hari ini sahaja sudah tiga empat kali dia terkejut dengan sikap emaknya yang tiba-tiba sahaja mengetuk pintu atau menegurnya.

“Ya mak! Ada apa? Farhana tengah kemas kain baju dalam almari ni. Berselerak sangat,” laung Farhana dari dalam bilik. Nasib baik pintu biliknya berkunci.

Jika tidak, tentu dia yang malu sendiri apabila emak melihatnya bersolek sakan dan bertudung lengkap tetapi pakaian hanya T-Shirt lengan pendek dan berkain batik.

Nama pun selfie…..cukuplah hanya nampak wajah sahaja kan...lagipun, aplikasi kamera 360 hanya boleh cantikkan wajah sahaja dan bukan boleh kuruskan tubuh yang gempal.

‘Macam tak percaya pulak aku tiba-tiba dia rajin sangat nak kemas bilik…’ Habibah berbisik sendiri.

“Ni ha…, abah kau panggil. Tinggal dulu kain-kain tu. Abah kau ada benda nak tanya,” jelas Habibah. Beberapa kali dia memulas tombol pintu tetapi berkunci.

Farhana cepat-cepat mengambil tisu kemudian mengelap semua solekan di wajahnya. Tudung kepala terus dicabut dan dibaling sahaja ke atas katil.

Kain batik yang hampir terlondeh kerana banyak sangat berposing tadi diikat semula dengan kuat.

“Ya abah…, dah lama abah balik? Farhana tak dengar pun bunyi motor abah,” sapa Farhana apabila dia sudah duduk di sofa. Taher hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience