BAB 5

Humor Completed 1713

“Mak…, Farhana dah masukkan baju dalam mesin basuh semua. Semua kerja dah beres,” laung Farhana semasa berjalan pantas menuju ke ruang tamu. Habibah yang pada masa itu sedang rukuk terperanjat ya amat mendengar suara Farhana yang kuat.

Nasib baik tidak terbatal solatnya kerana boleh tahan juga latahnya apabila dia dikejutkan secara tiba-tiba.

“Anak bertuah…, terkejut aku dibuatnya,” rungut Habibah apabila dia selesai memberi salam.

“Haram la dia nak jenguk aku kat bilik ni dulu sebelum melaung macam tu. Haisshhh…,” sambung Habibah lagi.

“Habibah!!!” wajah Taher yang terjengul secara tiba-tiba di pintu bilik membuatkan Habibah tidak dapat lagi menahan latahnya.

“Habibah! Kau Kat mana Habibah! Kau kat mana! Aku kat sini Habibah aku kat sini…” Berkali-kali Habibah melatah kerana terlampau terkejut.

Taher yang melihat hanya menggeleng kepala. Dia tidak merasakan perkara itu lucu lagi kerana memang sudah terbiasa dengan keadaan isterinya itu.

“Hishh awak ni Habibah. Saya tegur sikit dah melatah. Kenapa yang pintu depan rumah tu ternganga macam tu aje. Buatnya masuk pencuri ke tadi,” tegur Taher. Dia kemudian pergi ke ruang tamu semula dan duduk menghadap televisyen.

Habibah segera membuka telekung. Sejadah dilipat dan diletakkan sahaja di atas katil. Selepas menyikat rambut yang hampir memutih, dia keluar dari bilik. Habibah duduk di sebelah suaminya yang sedang menonton televisyen.

“Abang nak air kopi ke?” tanya Habibah.

“Boleh jugak,” jawab Taher pendek. Habibah bangun semula dari kerusi tetapi sebelum dia pergi, Taher bertanya lagi.

“Mana Farhana dengan Man? Senyap je rumah ni?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience