BAB 2

Romance Completed 17079

Jadi cikgu baru memang jerih. Kenapa? Korang nak tahu tak? Boleh dikatakan, nama kami yang baru mula bertugas ni, ada di semua mukasurat yang terdapat di dalam Buku Takwim. Okey, sebelum memulakan sesi baru persekolahan, sekolah-sekolah akan mengagihkan tugasan guru kepada 3 bahagian; Kurikulum, Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid. Bila aku merujuk dan mencari nama Nur Syafika binti Idris, wah… punyalah panjang senarai tugas dan tanggungjawabku?

Aku ditugaskan mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Okeylah tu! Lepas tu dilantik menjadi setiausaha dalam ke dua-dua panitia. Okey juga! Menjadi Guru Penasihat Persatuan Bahasa yang ketuanya ialah si mamat buaya tu. Hmm… Jadi guru Persatuan Bola Jaring, Guru Olahraga, Guru Media. Guru Tingkatan 3K2 pulak. Rasa nak tersembul biji mata aku melihat senarai tugasan itu. Memang beginikah nasib guru baru?

“Memang macam tu, dik.” Cikgu Wati tersenyum lebar bila aku bertanyakan soalan itu kepadanya. “Bukan apa! You all kenalah mencari pengalaman banyak-banyak. Sebab itu bukan mudah jadi cikgu ni. Semuanya kita kena tahu, jadi cara terbaik ialah dengan memegang semua jawatan penting di dalam kelab, persatuan, HEM. Redha ajelah!”

Aku rasa tersindir. Memanglah aku redha, Kak Wati oi. Dan demi tugas, tentunya aku akan memberikan yang terbaik. Namun sesekali aku rasa hendak marahlah juga. Mentang-mentanglah baru bertugas, semua hendak disuruh aku membuatnya. Ada seorang guru perempuan ni, orang lama, veteran. Tiap kali mendapat surat ‘relief’ bermakna akulah yang kena mengambil alih tempatnya. Kadang-kadang aku sampai tak sempat hendak makan. Tapi, aku akur. Tak sabar hendak menunggu tahun yang baru. Hmm….

Si Nazmi pula nampaknya seolah-olah berdendam dengan aku. Sejak aku menolak pelawaannya, dia banyak membuliku. Bila dia nampak aku hendak pergi ke kantin, dia mesti menyuruh aku belikan dia makanan dan minuman. Lepas tu, bukan tahu hendak membayar balik.

“Cikgu, dalam buku 555 ni, saya dah kumpulkan hutang cikgu pada saya, tahu. Tolong bayar!” pintaku pada suatu hari.

Nazmi membuka buku kecil itu. Bulat matanya memerhati. Mahunya tidak. Sepanjang 3 bulan aku kumpulkan, harga makanan dan minuman tersebut mencecah RM240. Dia kemudian selamba memulangkan buku itu kepadaku.

“Cukup tahun nanti aku bayar.” Katanya.

Geramnya aku!

“Mana boleh? Buatnya cikgu mati esok, macam mana? Terawang-awang roh cikgu, tahu tak?” marahku.

Aku ingatkan dia hendak marah sebaliknya boleh pula dia gelak.

“Kau ni kan, Cikgu Nur Syafika…..? Mulut kau tu memang laser! Sedap-sedap aje kau mendoakan aku mati, ya? Tak apa, mulai esok, biar aku belanja kau makan di kantin. Kita makan sama-sama, aku bayarkan untuk kau. Cukup RM240, kau bayarlah sendiri. Camne?”

Laju-laju aku menggelengkan kepala. Cadangan itu tidak bernas langsung. Makan berdua? Tak kuasa! Bertambahlah merebaknya gosip panas tentang kami berdua nanti. Sekarang inipun sudah macam-macam yang aku dengar. Cuma kutulikan telingaku sahaja. Malas mengiyakan, apatah lagi menidakkan. Sesuatu yang aku pelajari di sekolah ini, ialah, kalau semua perkara hendak diambil pusing maka kurus keringlah jadinya. Bersikap berdiam diri adalah yang terbaik. Dan, kalau boleh dielak, itu lagi bagus!

Dia ni pun satu. Semua cikgu perempuan bujang hendak dibelanja. Alah, bukan aku tak tahu. Kawan-kawan guru suka bergosip. Anak murid pun sama. Tiap hari ada sahaja cerita tentang Nazmi Syazwan. Dia keluar dengan siapa, naik apa, ke mana, semua dalam pengetahuan mereka. Jadi, aku rasa, aku tidaklah perlu menempelkan diri untuk dijadikan koleksinya, kan?

“Kenapa kau ni susah sangat aku nak dapat?”

Soalannya mengejutkan diri ini. Wajahnya kurenungi.

“Kau asyik menolak aje bila aku ajak pergi ke mana-mana. Kenapa? Kau ingat aku ada Aids?” tanya dia penuh ketegasan.

Aku ketawa. “Cikgu ada Aids ke?” usikku.

Air wajahnya berubah. Dia mendekatkan dirinya padaku. Takut aku melihat wajahnya ketika itu.

“Kalau aku ada Aids, dah lama aku ambil pisau, torehkan jari aku, torehkan jari kau, lepas tu aku letak darah aku dalam luka kau tu. Gadis sombong macam kau memang elok diajar begitu.”

Amboi, amboi, bukan main celupar mulut dia. Sakit hati aku mendengar kata-katanya tadi. Tanpa sedar, aku baling buku teks English Form 3 ke mukanya. Gedebuk! Padan muka dia! Kutuk aku lagi!

Aku malas melihat apa terjadi kepadanya. Hatiku panas. Aku keluar untuk ke Pusat Sumber. Di PSS ada pendingin hawa. Mudah-mudahan hatiku akan sejuk di sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience