BAB 4

Romance Completed 17079

Esoknya, Nazmi sudah bersedia menantiku di tempatnya. Sebaik aku turun daripada kelas 3M, dia tersenyum simpul memandangku. Aku membalas, memberikan senyuman paling manis untuknya. Biar ternganga mulutnya dan masuk lipas… uisy, kesianlah pulak!

“You are waiting for me, right?” tanyaku.

“Lama dah! Dan, tolong jangan cakap orang putih dengan aku. Aku bukan anak murid kau!” balasnya.

Aku ketawa. “Oh, I forgot. Your english is not good. You are not from KL, you are just a kampung boy, right?”

Tanpa mengendahkan dirinya yang sudah bengang mendengar hujahku, aku terus meninggalkannya. Langkah kuatur menuju kantin. Seketika kemudian, dia sudah di sisiku, dan kami berjalan seiringan.

“Habislah kau hari ini, Ika. Jatuhlah saham kau sebab berjalan dengan aku. Tentu ramai cakap, kau dah masuk perangkap. Jerat aku dah mengena.” Bisiknya sambil ketawa-ketawa.

Aku hanya tersenyum kecil.

Di kantin, Nazmi dengan sifat ramahnya bergurau senda dengan makcik Saerah. Aku hanya mencelah bila perlu sahaja. Yalah, aku ni kan guru baru, masih lagi kekok dengan suasana luar bandar ini. Lainlah dia! Semua orang dikenalinya. Sebab itu dia menjawat jawatan Setiausaha PIBG. Kata kawan-kawan guruku yang lain, Nazmi akan menyandang jawatan itu secara tetap dan berpencen.

Buntang mataku melihat pinggan Nazmi. Kalau boleh, dia hendak makan ke semua lauk yang makcik Saerah masak. Penuh membumbun pinggannya diisi! Mak aiii, dia ni nak makan ke nak melantak? Kutukku di dalam hati. Tapi, aku terpaksa bersabar.

Kami makan dalam suasana sunyi sepi. Aku memang tidak ada mood hendak melayannya. Sebab itu selepas 5 minit, dia pun diam. Alhamdulillah! Bolehlah aku makan dengan aman.

“Kau kira bilangan setiap butir nasi yang kau makan ke, Ika? Atau kau tak selera sebab aku? Sampai macam tu sekali kau tak sukakan aku?”

Soalannya aku dengar tapi aku tidak mampu menjawabnya. Kepalaku yang sedia sakit sedang berdenyut-denyut. Mataku pula terasa pedih. Kuletakkan belakang tangan di dahi. Rasa berbahang kulitku. Ah, sudah! Demamku datang kembali, nampaknya.

“Kau demam ni!”

Entah bila dia meraba dahiku, tak perasan pula. Tapi, bila aku mendengar suaranya yang cemas, aku rasa amat terharu. Keprihatinan jelas ditunjukkannya.

“Sejak bila kau demam?” dia bertanya padaku.

“Malam tadi, cikgu.” Balasku ringkas.

“You know what? With our students, we keep telling them that if they are sick, they do not have to come to school. But with us, it is a different matter, yes?”

Dalam keadaan yang tidak selesa inipun, aku mengaku terpaksa menunjukkan rasa kagum terhadapnya. Tuduhanku bahawa dia budak kampung yang tak pandai berbahasa Inggeris terpaksa kutarik balik. Tak kiralah sama ada dia hendak menunjuk, ataukah dia tidak sengaja bertutur dalam bahasa itu, aku akui sebutannya lancar dengan nahu yang betul. Hmm!

“Dah jumpa doktor?”

Alamak mamat ni… tak payahlah prihatin sangat. Aku rimas. Poyo betullah!

Aku bangun dalam keadaan tergopoh gapah dan itulah kesilapanku. Badanku, aku rasa melayang-layang. Tubuhku bagaikan terbang. Dan, perkara terakhir yang aku sedar ialah seseorang menangkapku bersama jeritan…

“Ika!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience