BAB 3

Romance Completed 17079

Cerita tentang angin puting beliung yang ada padaku sudah tersebar luas. Ada yang mengucapkan syabas, tidak kurang juga yang menyindir. Ada juga yang mengucapkan tahniah. Aku hanya mampu tersenyum. Untuk masuk ke bilik guru? Tak berani aku! Malah, kalau aku ternampak kelibat Nazmi, cepat-cepat aku sembunyikan diri. Bukan takut! Sekadar berhati-hati. Yalah, buatnya dia pulak membaling muka comel aku ni dengan buku teks Bahasa Melayu? Tak ke jatuh saham aku nanti?

“Assalamualaikum, cikgu.”

Aku menoleh ke muka pintu. Sekarang ni, aku banyak menghabiskan masaku di Makmal Komputer. Jadi, bila ada murid menyapaku, terkejutlah jugak. Tambahan pula, aku tak cam budak lelaki ini. Siapa dia?

“Cikgu tak jawab salam saya. Berdosa tahu!”

Ewah! Cara dia bercakap sebiji sama macam si Nazmi. Hisy, kenapa pulak nak ingatkan dia tu? Bukankah kerana dia aku menjadi perantau sepi ini? Asyik membawa diri jauh daripada bilik guru?

“Waalaikumsalam. Hah, saya dah jawab salam awak. Nak apa?” soalku penuh ketegasan. Itu pesan ayahku. Menjadi guru mesti tegas, kalau tidak nanti kepala akan dipijak oleh murid.

“Betullah cakap abang saya. Cikgu ni memang sombong. Maklumlah orang KL. Dah tu ajar Bahasa Inggeris pulak. Dalam kelas pun asyik cakap orang putih, bukan peduli anak murid faham ke tidak?”

Memang mencari nahas budak ni. Kenal pun tidak, senang-senang dia mengkritik aku. Ajar dia pun tidak, tetiba aje dia kutuk aku kaw kaw. Dia ingat dia tu siapa? Nazir-nazir pelawat sekolah? Atau dia sedang isi borang prestasi aku, sedang mencatat markah? Grr…geram!!

Akupun berdiri, lantas bercekak pinggang di hadapannya. “What is your brother’s name? What class is he in? Do I teach him?”

Hah, kan dah bulat mata dia pandang aku? Lepas tu, terus menggaru-garu kepala. Sah! Mesti dia tak faham apa yang aku cakap.

“Err, my brother teacher this school. He….he… suruh bagi errr…. letter ni pada cikgu.”

Sebaik dia meletakkan sampul surat berwarna biru di tapak tanganku, budak lelaki itu terus membuka langkah seribu. Agaknya, saat itu, dia mesti mengakui bahawa benarlah khabar angin yang didengarinya. Tentu sahaja akan tersebar di seluruh sekolah bahawa akulah singa betina dan bakal menyandang jawatan guru disiplin tidak lama lagi. Huhu..

Okey, buat pertama kali dalam hidup, aku dapat surat. Memang sesuatu yang tidak terduga. Hai, siapalah anak murid yang dah balik ke zaman / era 80–an ini?

Sebaik sampul itu terkoyak, bau semerbak harum menyentuh hidungku. Hmm…wanginya! Aku pun terus tersenyum, menyangka bahawa aku sudah ada murid yang menjadi ‘secret admirer’. Mestilah seronok! Sekurang-kurangnya terbukti sudah bahawa untuk mempunyai peminat, tidak semestinya aku menjadi penyanyi, pelakon, penulis ataupun pelawak. Jadi cikgu pun boleh! Kan?

‘Ke hadapan Cik Nur Syafika binti Idris. Sampai bila kau nak lari? Sampai bila nak menyorok? Dah buat salah, tahu pula takut, ya? Lepas kau baca surat ni, kau mesti datang ke bilik guru dan duduk di tempat kau seperti biasa. Kalau tidak, nanti masa perhimpunan pada hari Isnin depan, aku umumkan di hadapan semua murid bahawa kau baling aku dengan buku sebab kau cemburukan aku yang rapat dengan murid-murid perempuan. Dan, aku akan cakap yang kau cemburu sebab kau dah jatuh cinta pada aku. Yang Benar…Kau tentu kenal aku!”

Kalau korang yang dapat surat tu, apa korang buat? Aku? Menangislah! Apa lagi?

Terhendap-hendap aku ketika ingin masuk ke dalam bilik guru. Bimbang dia ada di tempatnya. Bila tempat duduknya kosong, aku segera melepaskan nafas. Fuhh, lega! Dia ada kelas, kut, fikirku.

Banyak mata yang merenungku. Cikgu-cikgu lelaki tersengih-sengih. Agaknya mereka sedang berfikir dan menimbang-nimbang untuk tidak menggangguku di lain kali. Hisy, tentulah mereka bimbang, kan? Nanti entah apa pulak akan kulakukan. Cikgu-cikgu perempuan seperti biasa, selamba sahaja. Cuma mungkin yang muda-muda dan belum kahwin marahkan aku. Maklumlah, kini, hidung lelaki pujaan mereka sedang terluka…. Nasib baik hidung. Kalau hati? Macam mana?

Ketika aku mengatur langkah ayu dan ingin duduk dengan santun, Nazmi Syazwan Iskandar memasuki bilik. Dalam terkesima, wajahnya kuperhatikan. Ada plaster merentasi hidungnya. Itu saja, tak adalah teruk sangat, fikirku.

Kini dia sedang berdiri tercegat di mejanya. Aku tahu, dia sedang memandangku. Tentu dia masih marah. Yalah, punya lama dia berdiri tanpa suara… Ataukah aku sudah membisukan dirinya dengan balingan itu? Risau pula rasa hati. Aku pun mendongak.

Sebaik sahaja aku melihat ke wajahnya, dia terus menjerit lantang,

“Assalamualaikum semua. Saya nak buat pengumuman. Dengan adanya Cikgu Nur Syafika di sini, bermakna, dia sudah bersetuju untuk menebus balik kesalahannya mencederakan saya. Dan dia dah berjanji akan belanja saya makan di kantin hari-hari mulai hari ini. Jangan jeles, ya!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience