Bab 12

Romance Completed 8792

Bab 12

“Baiklah, saya terima lamaran awak. Tapi awak kena bagi saya masa untuk hidupkan kembali perasaan saya terhadap awak. Saya harap awak faham. Nanti saya bagi tahu keluarga saya pasal lamaran awak tu.” Ya, akhirnya aku menerima lamaran yang dihulurkan Afif Firdee. Mungkin sudah tertulis jodoh aku bersamanya.

“Terima kasih Zyalna sebab masih sudi terima saya. InsyaAllah, nanti saya bagitahu family saya untuk hantar rombongan melamar awak.” Bibirnya mengukir senyuman.

Malam itu sekali lagi aku melakukan solat istikarah. Meminta petunjuk Allah agar segala kekeliruan dapat dipermudahkan. Dan sekali lagi aku didatangi mimpi seorang lelaki memimpin tangan dan berjalan disampingku. Tapi wajahnya masih belum dapat aku lihat. Adakah Afif Firdee? Tapi kenapa hati aku seakan menidakkan? Ataupun, tak mungkin dia? Ya Allah, tunjukkanlah siapa jodohku yang sebenar. Tanpa sedar ada airmata yang mengalir hangat dipipi.

“Abah, nanti petang kawan Adik akan datang. Adik dah buat keputusan yang Adik akan kahwin dan dialah bakal menantu Abah. Abah uruskanlah semuanya nanti.”

“Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doa Abah. Baiklah kalau itu keputusan Adik, Abah ikutkan je.” Abah tersenyum riang. Yelah, doanya untuk mendapat menantu sudah dimakbul Allah. Aku gembira melihat Abah tersenyum, tapi dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience