Bab 8

Romance Completed 8792

Bab 8

“Abah dah buat keputusan. Kalau dalam masa sebulan Adik tak bawak balik calon menantu lelaki untuk Abah, Abah sendiri akan carikkan calon untuk Adik dan terima pinangan sesiapa je yang masuk meminang.”

Muktamad! Abah tiba-tiba mention soal kahwin semasa kami sedang seronok layan lawak ke der 2. Gelak tawa yang riuh rendah bagai nak pecah serta-merta terhenti dek terdengar announcement Abah yang mengejutkan seluruh urat saraf aku. Biar betul Abah ni? Sebulan? Mana aku nak cari calon? Parah-parah, Abah dah guna kuasa veto dia. Hesy!

“Yeay, sebulan lagi Mak su Amer akan kahwin.” Amer Asyraf, anak sulung Along tetiba bersorak gembira. Erk-
eleh budak ni, terover lah pulak. Along, Angah dan Achik serta dua kakak ipar aku gelak sakan tengok muka aku yang dah masam macam asam gelugor. Muncung jangan cakaplah, memang muncung K-POP Hawa yang aku pinjam.

“Tak payah nak yeay-yeay sangat erk. Mak su belum nak kahwin lagi.” Aku bersuara sedikit geram.

“Alah Adik ni, jual mahal pulak dia. Dah Abah bagi line suruh kahwin tu, on jelah.” Angah bersuara.

“Tapi Ngah, Orang tak sedia nak kahwin lagilah.”

“Alasan tu Abah tak nak dengar lagi. Abah bagi tempoh sebulan je. Kalau takde jugak, Abah kahwinkan je Adik dengan anak kawan Abah.

“Alah Abah ni, janganlah buat Adik camtu. Mana Adik nak cari calon dalam sebulan? Bagilah setahun ke.”

Aku cuba meminta simpati Abah. Tapi bila melihat gelengan Abah dan wajahnya yang serius, aku kembali menumpukan perhatian kearah televisyen. Namun dalam hatiku tetap merasa gelisah. Yelah, mana nak carik calon dalam masa terdekat. Aduh! Boleh migrain kalau asyik fikir pasal benda ni. Macam mana ni? Nak minta bantuan Mak, tapi Mak macam kawtim je dengan Abah. Hesy! Pening di buatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience