Bab 13

Romance Completed 8792

Bab 13

“Tahniah Zyalna. Saya dengar awak nak kahwin minggu depan. Patutlah awak tolak pinangan saya, rupanya ada lelaki lain yang lebih bernasib baik dari saya.” Senyuman tetap terukir dibibirnya.

Argh, kenapa aku seolah merindui senyuman itu? Dan mata itu, mungkin kali ini adalah saat terakhir aku dapat melihatnya. Aku mengetap bibir menahan sebak.

“Terima kasih Engku. Mungkin jodoh saya dah sampai. Saya minta maaf dan tak terniat pun saya nak tolak pinangan Engku. Jodoh itu rahsia Allah. Saya yakin Engku akan berjumpa dengan seseorang yang lebik baik dari saya. Aku cuba ukir senyuman untuknya walaupun terasa perit.

“Takpelah, saya redha. Tapi saya nak awak tahu satu perkara. Sebenarnya saya dah lama cintakan awak, since awak jejakkan kaki buat pertama kali kat syarikat ni. Masa tu jugaklah hati saya berkata, awaklah bidadari yang telah diciptakan untuk saya. Oh ya, sebelum terlupa ini untuk awak. Mungkin yang terakhir. Senyuman terukir dan sesuatu dihulurkan kepadaku.

Membuntang mataku melihat sehelai daun dihadapanku. Ya, aku amat mengenali bentuk daun itu.

“Maknyanya, Engkulah orang yang selalu bagi saya daun ni semua?” Huluran daun aku sambut jua.

“Yup. Sayalah yang kirimkan semua daun tu untuk awak. Maaf sebab saya tak berterus terang selama ini. Tapi takde guna lagikan, awak pun dah nak kahwin. Kalau awak sudi, awak simpanlah sebagai kenangan.” Engku

Al- Hadi tersenyum seraya berlalu pergi meninggalkan aku sendirian di pantry. Aku hanya memandang sepi langkahnya. Aku kembali merenung daun ditangan. Coretan yang terukir indah di sebalik daun itu aku baca.

::Tak pernah ku rasa perasaan yang begini, tulus untuk mencintaimu. Semua kerana dirimu ku berubah hidup kini penuh dengan senyuman. Terima kasih atas segalanya yang telah kau beri, amat ku hargai semua ku simpan didalam hati:: -Zyalna, jika awak beri saya peluang untuk mencintai awak saya akan pastikan awak bahagia bersama saya didunia dan di syurga. Awaklah bidadari saya Zyalna- Engku Al- Hadi

Airmata terus mengalir laju dipipiku. Ya Allah, apa aku dah lakukan? Kenapa petunjuk-Mu terlalu lewat untuk aku ketahui? Sesungguhnya aku mencintai dia. Tapi semuanya telah terlambat, mungkin Abah dah terima lamaran Afif tika ini. Hadi, maafkan saya sebab lambat mengenali cinta yang awak hulurkan. Maaf juga sebab saya tak mampu jadi bidadari yang akan menemani awak di syurga nanti. Semakin laju airmata mengalir semakin sebak hatiku. Akankah aku bahagia bersama Afif Firdee?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience