Bab 11

Romance Completed 8793

Bab 11

Apa Afif Firdee bualkan dengan Anzyalna kat masjid tadi? Macam mana Afif boleh kenal Zyalna? Berbagai persoalan bermain diminda Engku Al- Hadi. Sungguh fikirannya sedikit terganggu dengan situasi yang dilihatnya petang tadi. Ya Allah, jika Anzyalna adalah jodoh Afif aku redha. Tapi seandainya Anzyalna adalah jodoh yang kau tetapkan untukku, kau restuilah dan berikan aku jalan untuk permudahkan hubungan ini.

“Pa, Hadi dah buat keputusan.”

“Are you sure Al- Hadi?”

“Yes Pa, I’m very sure.”

“Okey.”

………………………………………………………………………………

“Anzyalna Salsabila, memandangkan masa yang Abah beri pada kamu hanya tinggal beberapa hari saja lagi maka Abah dah pun buat keputusan. Lagi pulak takde seorang pun calon yang kamu bawa jumpa Abah. Jadi Abah akan terima pinangan sesiapa sahaja yang masuk meminang kamu. Termasuklah menerima pinangan anak kawan Abah.”

Gulp! Aku telan liur yang serasa pahit. Habislah aku kali ni. Tempoh tinggal lima hari. Patut ke aku terima lamaran Afif Firdee? Sanggupkah aku sehidup semati dengan Afif? Sedangkan hati aku jatuh cinta pada Si pengirim daun misteri. Ya, aku akui hati aku mulai mencintai Si pengirim daun misteri. Sejak akhir-akhir ini aku sering bermimpi seseorang memimpin tanganku. Namun wajahnya tak pula aku nampak. Semua terjadi setelah aku lakukan solat istikarah. Mungkinkah dia Afif Firdee? Jika benar, aku dengan rela hati akan menjadi suri dalam hidupnya. Mungkin sudah tertulis Afif Firdee adalah imamku. Cuma entah kenapa hati aku seolah-olah kosong. Entah kenapa sejak dua minggu yang lalu Engku Al-Hadi seolah dingin terhadap aku. Dulu bukan main lagi suka mengusik. Tapi sejak akhir-akhir ini diam tanpa kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience