Bab 15

Romance Completed 8792

Bab 15

Terkejut! Ya begitulah reaksiku. Sungguh aku masih tidak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Otakku masih ligat memikirkannya. Namun jawapan belumku temui.

“Menung apa tu? Kenapa, masih tak percaya?” Ada tawa kecil yang keluar dari bibirnya.

Aku mengerling memandangnya seraya mengangguk. “Awak, saya nak tanya ni. Bukan ke sepatutnya saya kahwin dengan orang lain. Kenapa awak pulak yang muncul?”

“Itulah yang dinamakan jodoh sayang. Dah memang tertulis yang awak adalah jodoh saya. Awaklah bidadari yang akan menemani saya didunia dan di syurga. Dah, tak payah nak peningkan kepala. Sekarang ni awak dah sah jadi hak milik saya.” Senyuman terukir dibibirnya. Senyuman yang amat aku rindui.

“Terima kasih sebab sudi jadi suami saya. InsyaAllah saya akan jadi isteri yang baik untuk awak.” Senyumannya aku balas.

Syukur yang tak terhingga ku ucapkan ke hadrat illahi kerana menemukan aku dengan lelaki yang bisa membuat detak jantungku berdegup dan akhirnya menjadi imam kepadaku. Oh ya, sebelum terlupa mesti nak tahu apa jadi dengan Afif Firdee kan? Dan kenapa pengantin lelaki boleh bertukar disaat akhir. Sebenarnya masa Afif hantar lamaran petang tu, Abah dah terima pinangan Engku Al-Hadi terlebih dahulu. Nak dijadikan cerita, Engku Al- Hadi adalah anak kawan Abah. Alah, yang Abah nak sangat kenen-kenenkan dengan aku tu.

Kiranya lamaran Afif terlambat. Patutlah Afif langsung tak hubungi aku selepas itu. Aku ingatkan dia sibuk uruskan persiapan perkahwinan sehingga lupa nak cari aku. Tapi, Allah maha adil lagi maha penyayang kepada hamba nya. Masa majlis kahwin aku tu, Afif ada datang. Dan masa itu jugaklah Afif jumpa jodoh dia. Nak tahu siapa? Ce teka? Okeylah tak payah korang nak peningkan kepala. Meh aku bagitahu. Perempuan yang bertuah tu adalah bff aku yang hampeh, Hawa Nuraisyah. Macam mana dia orang boleh fall in love itu aku tak tahu, sebab aku belum jumpa Hawa lagi. Hawa just we chat je kat aku pasal Afif Firdee. Mungkin dah tersurat jodoh mereka. Apa pun aku tetap doakan kebahagiaan Afif dan Hawa. Nanti bila dah start masuk kerja, aku pulak yang akan jadik reporter tak berbayar tanyakan soal kisah cinta mereka. Sekarangkan aku tengah honeymoon dengan suami tercinta a.k.a Si pengirim daun misteri. Hah! Ya Allah, kau restuilah hubungan kami sehingga ke akhir hayat. Limpahkanlah kami kasih sayang yang abadi. Dan kau kuatkanlah ikatan cinta antara kami berdua.

Jadikanlah aku isteri yang solehah kepada suamiku Engku Al- Hadi Engku Al- Hafez. Dan ibu yang penyayang kepada anak-anak kami nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience