Bab 4

Romance Completed 8792

Bab 4

“Jauh termenung. Fikir nak kahwin ke?” Aku toleh sisi. Along tersenyum seraya duduk disebelahku.

“Mana ada, merepek jelah Along ni. Orang tak terfikir lagilah soal kahwin.” Amboi Zyalna, bohong sunat nampak. Bukan ke tadi kau tengah fikirkan kata-kata Engku Al- Hadi. Suara hatiku berkata-kata.

“Eh Adik ni, jangan cakap macam tu. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk Adik fikir soal kahwin. Lagi pun umur tu dah masuk 28 tahun, bukan muda lagi tau.” Aku terdiam.

Entah, aku sendiri tak tahu kenapa kalau bincang soal kahwin, aku langsung tak berminat. Bukannya aku tak nak kahwin, cuma aku belum jumpa seseorang yang boleh buatkan aku jatuh cinta dan berfikir nak kahwin sehidup semati dengannya. Aku bukan jual mahal, tapi bagi aku kalau nak kahwin tu biarlah sekali dalam seumur hidup plus dengan orang yang dicinta dan disayang. Barulah hidup aman damai hingga akhir hayat.

“Entahlah Along, Orang tak terfikir lagi soal tu. Lagi pulak, Orang bukannya ada boyfriend pun. So, tak terlintas pun persoalan tu dalam hidup Orang.”

“Laa Adik ni, soal boyfriend tu small matter jelah. Kalau Adik nak, Along boleh tolong recommend. Kat ofis

Along tu melambak lelaki yang belum kahwin tau. Handsome-handsome pulak tu.”

“Amboi Along ni, nak jual Orang ke? Orang belum desperate nak berlaki lagilah Along. Orang tak sukalah adegan kenen-kenen ni. Orang lebih suka if one day, tetiba meet someone and Orang feel something in my heart dan masa tulah jantung bagi signal bagitahu, this is your Mr. Imam barulah Orang akan setuju nak kahwin.” Aku sengih lebar pandang Along. Along pulak mencebik. Meluatlah tu! Takpe, biarlah Along nak fikir apa pun, tapi bagi aku itulah yang aku inginkan. Jumpa seseorang dan detak jantung aku terus katakan yang dia tercipta untuk aku. Cewah! Dah macam tajuk lagu. Apa-apa jelah. Haha!

“Yelah tu. Jangan pulak sampai ke tua Adik tunggu signal macam tu. Mahu mengamuk Abah kalau Adik tak kahwin. Adik satu-satunya harapan Abah untuk dapatkan menantu lelaki tau. Jangan sampai Abah isytihar cari calon untuk Adik sudah. Karang tak pasal-pasal Adik menangis tak berlagu. ”

Aku terdiam. Kata-kata Along ada benarnya. Yelah, aku satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Atas aku semuanya lelaki Anzalif shah, Anzamil shah, Anzaril shah. Yang dah kahwin, Along dengan Angah. Jadi tinggal aku dengan Achik je yang belum. Tapi Achik dah ada steady girlfriend, maybe tak lama lagilah tu kot naik pelamin. So, tinggallah aku seorang. Aku telan liur bila Along sebut pasal Abah nak carik calon. Hesy!

Janganlah Abah buat perangai. Karang bukan je nangis tak berlagu, tapi terus bisu sebab kahwin paksa dengan orang yang tak dikenali. Ambik kau Zyalna!

“Alah Along ni, saja je takutkan Orang tau. Abah sayang kat Oranglah, takde maknanya Abah nak paksa Orang kahwin dengan lelaki yang Orang tak kenal. Dahlah, malas Orang nak layan Along. Lebih baik Orang masuk tidur. Selamat malam Along sayang, Assalammualaikum.” Aku bingkas bangun dan melangkah menuju kedalam rumah. Telingaku sempat menangkap salamku dibalas dan suara Along ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucu, aku sendiri tak pasti. Dasar tiga suku punya Along. Umur dah 36 tahun, anak dah nak masuk 3 pun perangai still macam budak. Hampeh betul! Erk-eleh, kutuk Along sendiri nampak. Haha!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience