Bab 3

Romance Completed 8792

Bab 3

Hawa tersengih pandang aku. Erk! Sengih sakan nampak. Aku siku jugak muka kau yang comel tu karang. Aku mencerun memandangnya. “Ini semua kau punya pasal tau. Engku Al- Hadi pun dah tengok aku semacam je.

Mulut memang takde insurans langsung.”

“Laa… takkan marah kot. Sorry erk Zyalna. Actually aku weird jugak, yelah good staff masuk ofis lewat. History tu! Lagi pun manalah tahu kot-kot betul kau lunch date dengan future husband tadi.” Hawa tersenyum lebar.

Erk-eleh reporter tak bergaji ni, saja je buat aku sengal. Aku menjeling tajam padanya.

“Sorry makan kari aa… Aku ni manusia biasa tau, banyak yang kurang. Takkanlah lewat sikit pun tak boleh. Dan kau tu pulak, sesedap perencah maggi je cakap aku keluar dengan future husband. Jatuhlah saham aku, agak-
agaklah wei.” Hawa tersengih sakan.

“Tapikan Zyalna, aku weird lah dengan kata-kata Engku Al- Hadi tadi.” Hawa angkat kedua keningnya. Gerak hatinya teramat yakin yang Engku Al- Hadi ada menaruh hati pada Anzyalna. Lagi pulak masa mula-mula

Anzyalna jejak kaki kat EA-H Shipping & Son lapan bulan yang lalu, dia sudah dapat menggagak tentang perasaan Engku Al- Hadi terhadap Anzyalna. Yelah, asyik sangat jabat tangan Anzyalna sampai tak perasaan yang mereka jadik perhatian. Sampaikan Engku Al- Hafez berdeham, barulah tangan Anzyalna dilepaskannya.

Merah muka Anzyalna masa tu, dah serupa pakai blusher Maybelline je. Tapi, kalaulah Anzyalna ni kahwin dengan Engku Al- Hadi aduhai bertuahnya badan. Waris tunggal anak tauke kapal pulak tu. Kaya bapak kau!

Senang hidup tujuh keturunan, harta tak habis makan. Hesy! Hawa tergelak dalam hati.

“Yang kau sengih-sengih ni dah kenapa? Skru dalam otak kau tu ada yang longgar erk?”

Hawa tarik muncung K-pop. Bajek comellah tu! Aku mencebik. “Baik punya bff, ada ke patut cakap skru aku longgar. Hampeh betul! Eh, Zyalna kau tak rasa ke yang Engku Al- Hadi tu syok kat kau?”

Aku yang tengah khusyuk bancuh cappucino terus palingkan kepala pandang wajah Hawa. “Kau merepek apa ni wei? Takkanlah Engku Al- Hadi yang handsome plus kaya tu syok kat aku. Aku ni kalau nak dibandingkan dengan dia tu, memang tak setaraf tau. Umpama langit dengan bumi, jauh panggang dari api. Kalau dia nak carik isteri pun, gerenti dia pilih yang dari kalangan Engku, Raja, tak pun Tuan Puteri. Takde tersenarai dalam list dia orang biasa macam kita ni. Jangan mimpi di siang harilah. Kau ni pun kalau nak merapu agak-agaklah

Cik Hawa oi.” Aku tersengih sambil kelip-kelip mata kat Hawa. Hawa pandang aku straight je, macam takde perasaan. Eh, kenapa pulak Hawa ni?

“Apa yang awak cakap tu, ada betulnya Zyalna. Tapi bagi saya, saya lebih selesa kahwin dengan orang biasa. Taraf, darjat, pangkat, duit semua tu bukan ukuran untuk kita menilai cinta. Dan kalaulah awak bagi peluang dekat saya, esok jugak saya masuk meminang awak.”

Aku tersentak mendengar suara dibelakangku. Tu macam suara bos aku je, Engku Al- Hadi. Gulp! Aku telan liur mendengar kata-katanya. Masuk meminang? Eh, Engku Al- Hadi ni buat lawak ke der ke apa? Ke saja nak test aku. Hesy! Aku mengetap bibir. Aku pandang wajah Hawa dihadapanku. Hawa hanya sekadar jongket bahu.

Hampeh punya bff! Langsung tak bagi hint Engku Al-Hadi kat belakang aku. Hesy! Aku cepuk jugak muka dara manis tujuh belas ni karang.

“Errr …. Zyalna, aku jumpa Engku Al- Hafez dulu erk. Lupa pulak tadi dia ada panggil aku.” Hawa angkat kaki dan terus melangkah tinggalkan aku berdua dengan Engku Al- Hadi kat pantry. Eh Hawa ni, masa ni pulaklah dia nak tinggalkan aku sorang-sorang. Tak aci betullah! Yang Engku Al- Hadi ni pulak, dah buang tabiat ke tetiba je mention pasal kahwin and meminang bagai. Weird sangat-sangat! Bertenang wahai hati. Aku menarik nafas perlahan. Cappucino dalam cawan dah tak tentu pasal aku bancuh.

“If I ask you something, can you answer it honestly?”

Amboi kenapalah hidup aku hari ni dipenuhi dengan pelbagai persoalan? Confius betul! “Errr… Engku nak tanya apa?” soalku tersekat-sekat. Mata aku kalih pandang bawah. Sungguh aku tidak punyai kekuatan untuk bertentang mata dengan Engku Al- Hadi. Aku takut aku cair bila tengok anak mata dia. Yelah, masa mula-mula aku jejak kaki kat sini hati aku ni sedikit berdegup bila tengok Engku Al- Hadi. Handsome bapak kau! Sesiapa yang tengok pun, sure jatuh guling-guling punya. Lagi satu, mata dia tu yang buat aku tak berani nak tatap lama-lama. Boleh pengsan tujuh hari tujuh malam tau kalau tengok. Sweet sangat! Agak-agaknya Engku Al-

Hadi ni mixblood kot. Lupa pulak nak siasat kat Hawa. Tapi kalau aku tanya, karang tak pasal-pasal keluar pulak story aku ni nak usha bos sendiri. Hawa tu, selendang je berbelit ala-ala Yuna kat kepala tapi kalau sepatah ayat keluar dari mulut dia, berapi. Pedas tu! Bukan boleh percaya sangat dia tu. Tak pasal-pasal malu setahun aku kena bahan. Hesy!

“Awak betul ke nak kahwin?” Simple dan padat je soalan Engku Al- Hadi kasi. Eh, yang dia ni beria-ia nak tahu tentang life aku dah kenapa? Kalau aku nak kahwin, dia nak sponcer wedding kat atas kapal ke? Kalau betul, alahai bertuahnya badan. Eh, jangan mengarutlah Zyalna! Aku gelak dalam hati.

“Errr…. sebenarnya… Hawa tu saja buat lawak, saya belum nak kahwin lagi.” Aku angkat kepala pandang Engku Al- Hadi. Renungan Engku Al- Hadi yang pada mulanya tadi amat menyeramkan sudah bertukar.

Pandangannya bersinar-sinar disertakan dengan senyuman manis terukir dibibir. Aku kembali menunduk. Tak sanggup den tengok senyuman ekau tu jang. Kang tak pasal-pasal, den ni terjatuh cintan kat ekau. Naya jang oi! Eh, apa aku merapu ni? Takde maknanya Engku Al- Hadi nak kat kau Zyalna. Ambik cermin, tengok muka sendiri okey. Tak payah nak berangan! Haha!

“Betul ke bohong ni? And one more question, awak dah ada boyfriend ke?” Amboi, soalan lagi. Bilalah nak tamat sesi interview free ni. Letih la asyik main jawab soalan ni. Huh!

“Betul and nobody. Errr… saya masuk dululah. Banyak lagi kerja yang tak siap tu. Karang Engku potong gaji saya pulak kalau kerja belum settle. Lainlah kalau Engku baik hati nak naikkan gaji saya.” Aku tersengih seraya bingkas dari duduk dan melangkah menuju ke pintu pantry.

“No problem, tapi dengan satu syarat awak kena terima pinangan saya.”

Aku membuntang mata sambil terkaku dipintu pantry. Betul ke apa yang aku dengar ni? Cool Zyalna!

Janganlah pengsan, buat malu je. Aku bermotivasi dalam diri. Argh, tak payah jawablah. Kot dia saja je kenakan aku, mahu malu bertahun aku kerja kat sini. Aku meneruskan langkah menuju ke mejaku.

“I wait for you answer dear.” Sayup-sayup telinga aku menangkap kata-kata dari Engku Al-Hadi. Dear? Ya Allah kuatkan hati aku. Sabar Anzyalna!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience