"Sudah bersedia?" tanya Emperor Galleo pada Volca. Volca hanya mengangguk dengan penuh debaran.
Kesemua Vampire berkumpul di istana Galleo untuk menyaksikan Volca melaksanakan misinya bagi menjadi vampire yang sepenuhnya! Ya, dia tidak boleh menjadi separuh vampire dan manusia!
"Dalam masa setahun, pulanglah kamu dengan kejayaan," Emperor Galleo mengingatkan.
"Baik," jawab Volca ringkas. Dia tidak sabar untuk menjalankan misinya.
Fuh bertenang Volca. Kau boleh. Kau boleh!
Portal untuk ke dunia manusia dibuka menggunaka sebuah kunci. Seakan-akan lohong hitam yang ingin menyedut sesiapa sahaja yang berdekatan dengannya.
Kesemua Vampire yang lain memberikan sorakan penuh! Yaoda memerhati dari jauh berserta dengan Sylvyster Oscar. Sylvyster membisikkan sesuatu kepada Yaoda.
"Kau dah bagi kat dia pil tu?" tanya Sylvyster.
"Dah, dia dah ambil," jawab Yaoda acuh tak acuh.
"Masih marah lagi dengan peristiwa hari tu?" tanya Sylvyster.
Yaoda memilih untuk berdiam diri.
"Kalau kau nak tahu, aku dari dulu bukannya abang dia. Dan yang minta aku serang dia bukan sesiapa sahaja melainkan Empire Galleo. Aku tak tau macam mana dia boleh hilangkan memori aku time tu dan baginya semula macam biasa," terang Sylvyster.
Terkejut Yaoda mendengarnya.
"Kenapa kau bagitau aku semua ni?"
"Sebab aku tak nak hilang kepercayaan kau, aku...suka kau"
Terkedu Yaoda dengan jawapan Sylvyster. Mak aiii direct eh? Takde kias-kias.
Suasana kembali sunyi antara mereka. Yaoda sudah malu untuk meneruskan perbualannya. Boleh percaya ke mamat ni? Dia ni umpama boneka Emperor Galleo!
Volca melangkah kakinya ke arah portal dan terus menghilangkan diri. Portal tersebut ditutup semula.
"Wahai Vampire sekalian, bersiap-siaplah kamu, tahun hadapan kita akan mengambil alih bumi!" Emperor Galleo memberikan arahan.
Kesemua Vampire menyahut dengan bangganya. Bumi milik Vampire!
Tidak semena-mena, ada seorang rakyat Vampire yang menyaksikan hal tersebut, mengangkat tangan untuk menanyakan sesuatu.
"Iya?" tanya Emperor Galleo tidak senang.
"Kenapa kita hendak menakluki bumi?" warga Vampire bernama Galac menanyakan soalan tersebut.
"Kau tahu, pihak manusia sendiri telah merosakkan perjanjian antara vampire dan manusia itu sendiri. Buktinya dia telah menyebabkan salah seorang Vampire dahulu mengandungkan anak manusia! Itu tidak boleh dimaafkan" terang Emperor Galleo dengan nada yang tegas.
"Tapi perjanjian yang kita buat hanyalah tidak memusuhi antara satu sama lain. Bagaimana jika Vampire menyukai manusia? Itu bukannya memusuhi," Galac memberikan hujahnya. Kesemua Vampire yang lain hanya diam.
Emperor Galleo lantas mendekati Galac dengan perlahan-lahan seraya membuka mulutnya.
"Mereka, manusia telah lama bercadang untuk menghapuskan Vampire dengan melahirkan anak-anak separuh Vampire dan manusia. Kau tahu itu? Kau tak tahu pun,"
Galac yang sedar akan perbuatannya lantas diam. Dia tahu dia tidak patut mempersoalkan tindakan Emperor Galleo.
Emperor Galleo mengangkat tangannya tinggi-tinggi. Galac sudah ketakutan.
Yaoda hanya mampu menutup mata. Tidak sanggup melihat pengakhiran yang tragis! Sylvyster Oscar juga tidak senang melihat situasi tersebut.
Emperor Galleo tidak seperti raja-raja yang terdahulu. Gumam Sylvyster.
-Continue-
Share this novel
nice story.. full of imagination..imaginasi anda sngt tinggi dgn dunia luar sempadan.. dan mostly anda suka penceritaan like this.. i love it..caiyok!