"Abang aku?!"
Yaoda hanya mengangguk.
Terkedu sebentar Volca apabila mengetahui seorang abang yang ingin membunuhnya!
"Tapi kenapa dia nak bunuh aku juga?" tanya Volca sedikit sedih.
Yaoda merapatkan wajahnya ke telinga Volca. Dia ingin berbisik.
"Emperor Galleo memang suka dengan darah manusia. Tapi, darah separuh vampire dan separuh manusia, dia lagi suka. Aku ada dengar orang pernah kata, sesiapa yang menghisap atau minum darah separuh vampire dan manusia ni, dia akan memperolehi satu kuasa yang amat hebat!" jelas Yaoda. Rahsia kehebatan Emperor Galleo sudah tersingkap.
"Sudah selesai?" tanya Sylvyster Oscar.
Yaoda dan Volca terkejut lalu terjerit kecil.
"A...Abang?" Volca sedikit gugup.
"Siapa abang kau?" tanya Sylvyster.
Volca memandang Yaoda. Salah orang ke?
"Aku syak Emperor Galleo dah ambil memori dia," jelas Yaoda lagi.
Tidak semena-mena Sylvyster mengeluarkan tangan kanannya yang berkuku panjang. Tangan kanannya sekali tengok seakan-akan boneka. Apa kuasa yang ada pada Sylvyster ni?
"Abang...Ni adik...Volca...Takkanlah abang tak kenal?" Volca masih cuba memujuk.
Sylvyster mula membacakan sesuatu. Sepertinya dia akan mengaktifkan kuasanya!
"Volca...Lari!!"
Volca melarikan diri sepantas kilat. Yaoda juga turut berlari walaupun dia ada sayap. Ini kerana hutan tersebut amat tebal. Silap-silap, sayapnya akan cedera akibat terkena pokok-pokok dan sesuatu yang tajam.
Sylvyster mendepakan kedua tangannya.
Muncul seekor Garuda di belakangnya.
"Bunuh Volca" Sylvyster memberikan arahan.
Garuda tersebut terus berubah bentuk menjadi seekor ular gergasi persis anakonda! Terus mengejar Volca yang cuba melarikan diri.
*****
"Aku dah pesan, lain kali bawa duit kan. So kalau kau tak bawa duit, bekal ni jadi milik aku automatically. Paham?" kata Lasier.
"Sedap gak makanan dia ni. Hmm," kata Jaficca yang sedang memakan bekalan Iyuka Hatori.
"Lain kali kalau tak bawa duit, bolehlah bawa bekal ni lagi tau," kata Caesar pula.
Iyuka Hatori hanya mampu melihat pembuli tersebut tanpa melawan. Pastinya dia akan dipukul teruk jika dia melawan walaupun sedikit!
10 minit kemudia, pembuli tersebut beredar dari stor. Stor usang yang tidak diguna pakai oleh pihak sekolah lagi. Situlah tempat Hatori sering dibuli.
Rehat sudah pun habis. Tapi Hatori masih lagi di dalam stor. Pelajarannya yang semakin merosot, tambah pula dengan ibunya yang terlantar di hospital manakala ayahnya sudah bercerai, membuatkan kehidupan Hatori cukup tunggang-langgang.
"Huk...Huk.." Hatori menangis di sudut bucu stor yang sedikit kosong.
"Kenapa aku perlu hidup?"
-Continue-
Share this novel