"Hmmm, nampaknya kau tidak dapat selesaikan tugas kau," kata Emperor Galleo.
"Saya berani bersumpah tuan, Oscar sengaja menyerang saya sepanjang hari!" kata Volca mempertahankan tindakannya. Ini semua disebabkan abangnya! Wajarkah dia digelar abang?
"Sepatutnya kamu boleh tangani krisis ini. Ini semua disebabkan kamu tiada sayap. Kenapa kamu tidak ada sayap? Ini semua salah ibu bapa kamu," Emperor Galleo memarahi Volca yang lemah tanpa sebarang sayap itu. Bukan keinginannya untuk dilahirkan tanpa sayap.
Walaupun puncanya memang dari Oscar, tapi Emperor Galleo tidak mengendahkan abangnya. Emperor tidak adil! Huh! Rungut Volca dalam hati! Pasti abangnya sudah lama menyimpan dendam terhadapnya selama ini! Atau, ini semua rancangan Emperor?
"Kamu tahu bukan, hukuman kepada mereka yang tidak berjaya laksanakan tugasnya?" Emperor Galleo bersuara lagi. Nadanya kali ini sedikit ditekankan. Menandakan dia serius!
"Ma...Mati tuan," Volca sudah pasrah dengan kehidupannya.
Emperor Galleo lantas bangkit daripada duduknya lalu menuju ke arah Volca.
Swoosh!
Sebuah pedang berbentuk besar berada di tangan kanan Emperor Galleo. Volca mula memejamkan matanya. Dia terima apa jua keputusan!
"Ambil"
Volca membuka matanya perlahan-lahan. Ambil?
"Ambil pedang ni," kata Emperor Galleo.
Tanpa banyak cakap, Volca mencapai pedang tersebut. Agak berat juga.
"Dalam masa seminggu, beta nak kamu mahirkan dan biasakan diri dengan pedang ni. Kemudian, kamu akan dihantar ke bumi,"
Volca terkejut. Sememangnya itu satu keputusan yang sangat drastik! Dengan ketiadaan sayapnya, hanya berbekalkan sebuah pedang besar, bagaimana dia hendak survive? Bumi bukannya kecil!
"Kalau kamu mati, saya akan arahkan orang ambil mayat kamu. Jadi kamu mesti tidak pulang sebagai mayat," Emperor Galleo menyambung lagi.
"Apa misi saya tuan?" Volca ingin tahu.
"Dalam masa setahun, bunuh 100 orang manusia."
Volca menelan air liurnya banyak kali. Dia tiada kemahiran dalam membunuh orang tetapi memburu dan membunuh binatang sahaja! Volca merasakan sedikit kepayahan dalam misi ini.
"Kamu terima? Kalau kamu tak terima..."
"Saya terima tuan! Saya akan laksanakan misi kali ini dengan jayanya. Cumanya saya harap sepanjang saya berada di bumi, tiada vampire lain yang mengacau tugas saya," Volca berucap dalam nada sedikit tegas dan serius.
Melihatkan riak wajah Volca, Emperor Galleo ketawa terbahak-bahak. Volca mula merasa pelik.
"Kamu memang tidak ubah seperti mak dan nenek kamu," Emperor Galleo bersuara semula.
"Mak? Nenek?" Volca bersuara.
"Ya, cara kamu cakap tu seperti mereka kata mereka ingin dibunuh,"
"Bunuh? Apa yang Emperor Galleo cakap!?"
"Siapa sangka, darah separuh manusia dan vampire, memang sedap sekali. Aaahh. Beta hanya menunggu darah kamu untuk ranum dan 'masak'. Barulah kamu akan jadi seperti mak dan nenek kamu,"
Kemarahan dalam diri Volca meledak apabila Emperor Galleo berkata seperti itu. Emperor Galleo yang membunuh kedua ibu bapanya?! Ingatkan manusia!
Tidak semena-mena, Volca menghayunkan pedangnya ke arah muka Emperor Galleo. Namun seperti yang dijangka Emperor Galleo lesap daripada pandangan.
"Kamu memang lemah. Beta akan menikmati darah kamu tidak lama lagi," suara Emperor Galleo bergema. Namun kelibatnya tidak kelihatan. Volca masih lagi berasa marah!
Emperor Galleo muncul semula dihadapan Volca. Volca sudah bersiap sedia untuk membunuh Emperor Galleo! Dia tidak peduli jika dia mati di situ juga!
Namun, Emperor Galleo memetik jarinya sebanyak tiga kali. Volca terus rebah ke arah lantai. Emperor Galleo hanya tersenyum sinis.
"Pegawai! Ada orang pengsan, bawa dia ke bilik," Emperor Galleo memanggil pegawainya untuk memapah Volca ke bilik.
"Yaoda!" jerit Emperor Galleo.
Yaoda tiba dengan pantas lalu menghadap ke arah Emperor Galleo.
"Beritahu Volca apa yang beta beritahu dia sebentar tadi kecuali bahagian akhir sekali tu." suara Emperor Galleo penuh dengan kekejaman.
"Baik tuan," Yaoda bergerak keluar dari istana dengan secepat mungkin. Dia tidak dapat menahan air matanya lalu tumpah jua ke tanah.
-Continue-
Share this novel