"Volca!!"
Volca terkeceh-keceh berlari ke arah pintu masuk istana yang besar. Sememangnya istana ini mampu memuatkan beribu-ribu orang.
"Volca!"
Volca akhirnya tiba menghadap Emperor Galleo yang memanggilnya berjuta kali. Volca menghela nafas yang agak lama untuk seketika sebelum bersuara.
"Ya tuanku. Apa yang tuanku perlukan?" kata Volca.
"Beta mengharapkan kamu supaya lebih cepat tiba ke sini apabila beta memanggil kamu. Kamu tahu bukan kenapa kamu lambat?" tanya Emperor Galleo.
"Ya tuan, saya tiada sayap seperti vampire-vampire yang lain," jawab Volca.
"Beta akan memberikan kamu sepasang sayap jika kamu sanggup melakukan sesuatu untuk beta,"
"Apa dia tuanku?"
"Pergi ke gunung berapi Armada di atas bukit Merah itu dan dapatkan Mata Ajaib untuk beta,"
"Baik tuanku,"
"Baiklah, kamu boleh beredar," kata Emperor Galleo.
Volca melangkah keluar ke arah pintu istana dengan leganya. Dia melepaskan satu keluhan yang kasar.
"Kenapa? Emperor suruh kau buat kerja pelik lagi ke?" Yaoda mencelah.
"Eh Yaoda. Haah. Biasalah tu. Aku pula yang penat buat semua kerja ni. Dahlah takde sayap nak terbang," keluh Volca.
"Mungkin lepas kerja ni Emperor akan bagi kau sayap,"
"Sudahlah. Dah banyak kali dia cakap macam tu. Baginya tak juga. Janji manis ala-ala taik kucing," Volca mencaci Emperornya.
Yaoda tergelak mendengarnya. Sememangnya dia dan Volca amat rapat sejak kecil lagi. Kedua ibu bapa Volca telah dikenakan hukuman bunuh oleh Emperor Galleo hanya disebabkan ibu bapanya mempunyai keturunan darah daripada manusia hasil selingkuhan oleh nenek Volca pada ketika dahulu. Kalau diikutkan, Volca ada di tempat kejadian menyaksikan ibu bapanya dibunuh sendiri oleh Emperor Galleo. Namun, Volca sudah tidak mengingati apa-apa lagi kerana Emperor Galleo mempunyai kuasa yang mampu menghilangkan ingatan seseorang! Sungguh kejam kuasa itu! Hanya perlu memetik jari kanannya sebanyak 3 kali untuk menghilangkan memori seseorang.
"Kau nak ikut aku dapatkan Mata Ajaib tak esok?" tanya Volca sekali gus menyentakkan lamunan Yaoda.
"Ah, boleh boleh. Esok pagi macam biasa," jawab Yaoda sedikit gugup.
"Kau macam ada rahsia sesuatu daripada aku je," Volca meneka.
Terbuntang mata Yaoda mendengarnya.
"Cewah, takdelah. Aku gurau je. Ingat tau, esok. Jumpa kat tempat biasa," kata Volca sebelum melambai-lambai ke arah Yaoda.
Yaoda memandang Volca daripada jauh dengan pandangan yang sayu. Air matanya sedikit bergenang. Dia menarik nafas yang sedikit panjang sebelum bertutur.
"Volca, aku tak mahu kau mati lagi,"
-Continue-
Share this novel