BAB 6

Vampire Series 4797

"Hatori! Apa nak jadi dengan kamu ni?! Selalu datang lambat, kerja sekolah tak siap!" marah Cikgu Hazzel.

Hatori hanya mampu menunduk pasrah dimarahi oleh guru kelasnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

"Oklah tak nak bercakap, kamu berdiri kat luar sana sambil pegang kertas ni," cikgu Hazzel memberikan arahan.

Hatori hanya menurutinya tanpa banyak soal. Sememangnya dia sungguh bernasib malang. Pada kertas tersebut tertulis ayat "Saya Budak Pemalas" dengan pen hitam. Hatori hanya mampu menahan air mata.

Hari yang berikutnya, nasib Hatori turut malang, buku sekolahnya telah hilang. Ini menambahkan lagi kemarahan cikgu Hazzel kerana Hatori masih belum berjaya menyiapkan waima satu kerja sekolah miliknya.

Hampir setiap hari Hatori dimarahi di sekolah. Dia juga tiada kawan. Tiada sesiapa yang rapat dengannya termasuklah cikgu sekolah.

Sekali lagi, Hatori hanya memandang sayu di atas langit. Nasibnya tidak pernah berubah sejak kematian kedua ibu bapanya. Dia dijaga rapi oleh pakcik saudaranya. Namun, kesibukan pak ciknya menyebabkan dia masih bersendirian.

*****

"Bagus Volca, kemahiran pedang kamu bertambah bagus," puji Catyfish. Seorang wanita yang handal dalam berlawan menggunakan pedang.

"Hehe, terima kasih," Volca malu-malu.

"Kamu sudah bersedia untuk esok? Bukan mudah untuk mencapai 100 tu," Catyfish mengingatkan misi Volca yang agak berat tatkala ini.

"Sudah, pedang macam ini mampu memancung 1000 orang sekali gus!" kata Volca penuh yakin sambil tergelak jahat. Pedang berukuran hampir 1 meter itu diberikan oleh Emperor Galleo kepada Volca.

"Volca! Volca!" Sylvyster Oscar menghampiri Volca.

Volca mencebik. Walaupun memorinya sedikit kabur, namun dia masih lagi memperingati sedikit sebanyak peristiwanya diserang tempoh hari. Kemudia hari ni tiba-tiba berbaik pula. Eh kau ni aku ketuk kang! Getus Volca dalam hati.

"Haa nak apa?!" nada suara Volca ditinggikan.

"Janganlah marah begitu, bukannya saya nak sangat serang kau tempoh hari,"

"Dah tu? Serang sebab apa? Nak main-main? Berseronok? Hish laki tak guna!" Kutuk Volca.

Sylvyster Oscar menghulurkan tangannya untuk memberikan kepada Volca sesuatu.

"Apa benda ni? Macam pil je? Kau nak aku pengsan eh?! Pastu kau boleh buat macam-macam kat aku? Oh my gosh! Dasar laki tak guna!"

Sylvyster Oscar terus-terusan diherdik tanpa sempat memberikan penjelasan. 'Adiknya' itu sungguh sukar untuk dikawal.

"Adik, pil ni-"

"Pil mampus?! Aku tak nak, kau simpan je,"

Sylvyster Oscar menghela nafas panjang. Dia tidak boleh memberikan kepada Volca secara paksa.

"Takpalah, abang pergi dulu,"

"Patutnya blah dari tadi!" Volca masih lagi memaki.

Gelagat dua orang adik-beradik diperhati oleh Catyfish dari jauh. Ya ampun garangnya si Volca ni! Baru ku tahu. Gumam Catyfish.

"Oh ya, di mana kita tadi?" kata Volca cuba untuk berborak semula dengan Catyfish.

Catyfish hanya mampu tersenyum.

-Continue-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience