BAB 5

Vampire Series 4797

10 tahun lepas...

"Huu..Haa..Huu..Haa"

"Cepat Xyressa, kita tidak boleh berhenti sekarang," kata Aphire.

"Aku...Tak...Tahan...Pe..Nat.." Xyressa berucap dalam nada yang kepayahan. Dia sudah tidak larat untuk melarikan diri!

Aphire memandang ke sekelilingnya. Mencari-cari jika ada tempat persembunyian yang sesuai!

"Cepaat!" kedengaran bunyi askar-askar dari jauh.

Aphire akhirnya terpaksa mengendong Xyressa untuk melarikan diri kerana tidak menjumpai tempat persembunyian di sekitar situ. Dengan segala tenaga yang ada, dia gagahkan dirinya juga!

Hampir 30 minit berlari, mereka berdua berjaya meloloskan diri daripada askar-askar milik Emperor Galleo. Sememangnya Xyressa sudah membuat satu kesalahan yang berat!

"Kenapa kau mesti libatkan aku?" tanya Aphire.

Xyressa hanya memandang sayu pada anak mata milik Aphire. Sememangnya Aphire kecewa dengan perbuatan Xyressa sebentar tadi. Perbuatannya amat dilarang sekali!

"Terima kasih sebab tidak tinggalkan aku tadi," kata Xyressa dalam nada perlahan.

Aphire tidak jadi untuk memarahi Xyressa dalam keadaan yang genting ketika ini. Baginya jika dia menyerahkan diri kepada Emperor Galleo ketika ini, dia tetap akan dibunuh! Masa tidak dapat diundur semula.

"Awak tahu kan apa yang awak buat ni salah? Cuba terangkan pada saya," tanya Aphire dalam nada lemah lembut. Suara garaunya sedikit ditekankan.

Xyressa bersandar di sebatang pokok yang agak kecil. Menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menyusun ayat.

"Awak tahu kan pasal Kunci Keramat milik Emperor Galleo?" tanya Xyressa.

"Kunci Keramat? Kunci untuk portal ke dunia manusia? Tahu, kenapa?"

"Saya ada terdengar perbualan Emperor Galleo dengan Queen Elizard, mereka berdua cuba untuk menakluk bumi,"

Aphire terkejut besar mendengarnya. Sudah berabad lamanya sejak peperangan antara Vampire dan manusia yang kesudahannya dimenangi oleh manusia. Perjanjian juga telah termeterai antara kedua-dua makhluk ini. Namun Emperor Galleo ingin mencabuli perjanjian tersebut! Ini tidak boleh berlaku!

"Kenapa Emperor Galleo hendak menakluki bumi?" tanya Aphire pula.

Wajah serius Aphire menampakkan lagi kehensemannya. Xyressa terpana untuk seketika menyaksikan wajah Aphire. Dia tidak sedar dia sedang mengelamun.

"Hello, awak dengar tak?" Aphire memetik-metik jarinya di hadapan wajah Xyressa.

"Ah ya. Di mana kita tadi?" Xyressa sedikit terpinga-pinga.

"Kenapa Emperor Galleo nak takluk bumi?"

"Oh ya, dari apa yang aku dengar, Empire Galleo ingin meluaskan wilayahnya, dia tidak puas berperang dengan Vampire di dunia sini. Dia merasakan tiada cabaran. Dalam erti kata lain, dia hanya ingin berseronok," terang Xyressa.

Aphire hanya menggelengkan kepalanya. Emperor Galleo sememangnya bukanlah seorang raja yang bijak namun mementingkan diri sendiri. Wajarkah dia takluki bumi hanya semata-mata ingin mencari kepuasan hidup?

"Kita memang kena halang tindakan bodoh Emperor Galleo," kata Aphire sedikit geram.

"Cari mereka di sekitar sini!" kedengaran laungan askar Emperor Galleo semakin berdekatan.

"Cepat Xyressa. Mari kita gerak," Aphire menghulurkan tangannya dan disambut baik oleh Xyressa. Xyressa merasakan kehangatan pada tangan milik Aphire.

-Continue-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience