BAB 2

Vampire Series 4797

Keesokan paginya Yaoda dan Volca berkumpul di tempat biasa. Mereka berbincang strategi bagi mendapatkan Mata Ajaib. Bukan senang untuk mendapatkannya. Ini kerana makhluk Gomad yang mempunyai Mata Ajaib ini sungguh sukar untuk ditangkap malahan agresif pula tu. Namun Volca sudah pun mempunyai perancangan yang rapi!

Setibanya mereka di Hutan Merah, Volca mengeluarkan sebilah pisau daripada beg kecilnya. Yaoda hanya memerhatikan tanpa bertanya. Volca dengan segera mengisyaratkan supaya menaiki ke atas pokok. Yaoda hanya menurut.

"Ok, siap sedia. Kita akan bergerak di atas pokok sepanjang masa. Pastikan jangan terjatuh. Haiwan Gomad ni memang boleh dengar dari jarak yang jauh," pesan Volca.

"Ok" jawab Yaoda.

Yaoda dan Volca bergerak di atas pokok sepanjang masa sambil memerhatikan bahagian bawah. Pisau Volca digunakan untuk memotong tali yang panjang agar mereka dapat berhayun dari satu pokok ke pokok yang lain.

10 minit mereka berada di dalam hutan. Akhirnya mereka menjumpai seekor makhluk Gomad yang sedang memakan cendawan. Badan dan kakinya sungguh berotot malah mampu meretakkan tulang sesiapa sahaja jika terpijak seperti badak sumbu. Telinganya yang seperti gajah menyebabkan daya pendengarannya menjadi luar biasa.

"Ok, kau tunggu sini. Aku akan cuba tikam dia dari atas. Kalau dia terlepas, kau tikam dia pula, nah," kata Volca sambil menghulurkan sebilah pisau yang lain kepada Yaoda.

"Baiklah,"

Tanpa membuang masa, Volca melompat ke arah pokok yang dekat dengan kedudukan Gomad tersebut. Volca kini betul-betul berada di atas Gomad.

"Huuu...Haa..Huu...Haa," Volca menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangan kirinya sudah siap sedia memegang sebilah pisau!

"Woooarrr!!" jerit Gomad tersebut secara tiba-tiba. Volca tidak jadi untuk terjun.

Haiwan Gomad tersebut terus melarikan diri ke arah yang berlawanan dengan Yaoda. Bagaimana dia dapat mengesan kita? Getus Volca dalam hati.

Akhirnya Yaoda dan Volca membiarkan Gomad tersebut melarikan diri. Volca menghampiri ke arah Yaoda.

"Setahu aku, kalau duduk di atas pokok, dia susah nak mendengar kita," kata Volca. Ini kerana telinga Gomad yang besar itu sedikit ke bawah dan bukan ke atas mahupun tengah-tengah.

Yaoda masih memikirkannya sebelum dia mencapai satu keputusan.

"Aku rasa, dia dapat dengar musuh yang lain datang dari arah darat," teka Yaoda.

Volca memandang sekeliling. Cepat-cepat mengisyaratkan tanda senyap kepada Yaoda kerana terdengar sesuatu. Yaoda dan Volca menyorok di sebalik dedaunan yang terdapat di atas pokok.

"Kau nampak tu Yaoda?" tanya Volca apabila dia melihatkan kelibat seseorang.

Yaoda terkejut dengan apa yang dilihatnya. Vampire tersebut adalah orang yang paling dikenalinya.

"Itu, Sylvyster Oscar" kata Yaoda sambil tergamam. Volca yang seakan-akan blur dan tidak tahu apa-apa, terus menanyakan soalan kepada Yaoda.

"Siapa Si...Si..Emm...Oscar tu?"

Yaoda memberikan isyarat diam. Tunggu sehingga Sylvyster Oscar menjauhi.

Tiba-tiba, Oscar mengeluarkan sayap hitamnya yang besar. Dia terus terbang tinggi dan bergerak laju ke arah Gomad yang melarikan diri. Sangkanya mungkin Volca sedang mengejar Gomad. Setelah 5 minit menunggu, akhirnya Sylvyster Oscar tiada. Yaoda menarik nafas lega.

"Siapa tu Yaoda?"

Yaoda berasa serba salah untuk memberitahu Volca. Patut atau tidak?

"Errr, sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" Volca sudah tidak sabar lagi.

"Emmm,"

Volca menunggu dengan sabar butiran percakapan Yaoda.

"Yaoda..." Volca merayu.

Yaoda hanya mengeluh kasar. Serba salah untuk memberitahunya.

"Kalau kau nak tahu, itulah abang kau,"

"Whaat?!"

-Continue-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience