Dunia mara

Other Series 1560

Bulatan dunia asas berlaku
Di tampal berjenis warna hidupan
Hari ini, bertambah kilau
Dengan binaan rangka bangunan

Dunia menahan lebih kuat
Impak juga lebih berat
Hari ini, bertambah sukar
Dengan manusia tak cukup pintar

Perlahan, dia mara
Nafas panas menghimpit udara
Perut gelegak muntahkan bara
Liur kering berendam telaga

Mahu ketawa tentu tidak
Menyesal lagi tiada guna
Fikir saja apa kau hendak
Jelas sudah ini dendanya

Kita harus terima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience