Jalannya pasti ada

Other Series 1560

Ketul ketul benih tangis
Diulit kemelut yang menghidang meja minda
Dalam asakkan gugusan alpa
Menggamit satu ketukan di dada
Mutakhir ini,peritnya bukan kepalang

Untuk sekali
Dan esoknya ia hilang pergi

Telah ku cuba mengelak berpaling tadah
Tapi apa daya ikut masa mahu menadah
Tertanya juga sampai bilakah?

Usahlah menidak
Mana mungkin tidak
Andai iman tak cukup mampan
Jelas goyang sekali gelora melanggar sampan

Pecah!

Cubalah...
Walau masih terkial
Sampai masanya kau tidak menyoal
Malah bangun mencapai azam
Terubat kelegaan yang sudah padam

Datangkan usaha
Pasti jalannya ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience