Jangan datang lagi

Other Series 1560

Ada sesuatu mula tumbuh
Membesar perlahan dalam masa
Dan ia bertambah parah
Saat mereka menempel bak saka
Izharnya,tidak mahu mengalah

Satu per satu melimpas jasad
Bak roh gantian magis
Melanggar pagar denyutan nadi
Mahu sarapan beralas mati
Dendamnya, masih tidak berlari

Makanlah,
Apa lagi menu kau mahu?

Tambah lagi tambah
Selera mengembang cepat
Robek lagi penuh gagah
Biar perut sendat ketat
Habis hati tak tinggal sisa
Kau lahap tak rupa manusia

Selamat tinggal
Jangan datang lagi.

Eh,sebentar.

Tap!Tap!Tap!
Ku dengar ada lagi
Pintu pecah usah dibuka
Tubuh segak senyuman bergerak

Selamat datang,
Ini menunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience