Atas nama kemanusiaan

Other Series 1560

Sana sini tangisan menjemput
Jasad terbujur kaku tak bernyawa
Larian harapan semakin sempit
Menyepi dari riuhnya gelak tawa

Mereka,ketakutan.

Misil dihempas
Jet pejuang terbang melimpas
Bingit enjin mencemar angkasa
Si keding melawan si sasa

Apa yang kau harapkan?

Tanpa benteng adanya perang
Mereka bermimpi harap bersenang
Mahu berehat untuk sesaat
Walau sakit rancak mengerat

Tabur sedikit telinga di sana
Dengar rintihan golongan marhaen
Yang tidak lena beralas bata
Juga terpaksa melepas angan
Hanya untuk satu keamanan

Wahai manusia seantero dunia
Sudahlah bersikap hedonisme
Ajulah membibitkan sikap altruisme
Bersama merealisasikan impian mereka
Dengan satu kata 'berbahagia'.

Impian mereka,
Imipian kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience