Punca penyebab musnah

Other Series 1560

Biar yang tertulis bersuara
Mendukung era memendam lebih tinggi
Agar tiada lidah dipersalah lagi
Lidah yang bersuara bukan atas kehendak

Belitnya disalah tafsir
Dengan kata meludah pidana semata
Ah,sudah
Sialan apa kau lempar padaku
Sehingga nilai juang dipadam sepantas angin lalu

Rencaman isu kau selitkan
Sebagai sokongan tiang kecaman
Baiknya,tiada satu pun kukuh segar
Sudah nyata, Tuhan bersama mereka yang benar
Mahu kritik apa lagi?

Tak mahu pulang
Kau masak penuh semangat
Walau tahu bahannya luput
Masih guna untuk menggoreng
Benarlah, kau punca lebih ramai jadi hati kering

Natijahnya, ia menggamit kami
menjadi seperti kamu.

Musnah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience