Tarikh itu istimewa
Ribut kata datang serentak
Ujarnya merehatkan jiwa
Dari larian masa yang berentak
Memangnya
Masa berjalan walau jam kau hentak.
Ia tak tertahan
Walau untuk sesaat.
Hari itu hanya sekali
Esoknya disemarak kongkongan
Bebas ditangkap pulang ke sangkar
Kerana detiknya terus berlalu
Sayangku,
Ribut semalam jangan digenggam
Lekas!
Mulakan langkah baru
Aku penat memerah keringat menolak manusia batu
Tipu.
Aku penat memendam rasa merindu kamu,
Kamu yang dahulu.
Share this novel