BAB 9

Family Completed 22397

"Oi, Timah!", sapa Ikwan. Fatimah tersedar dari lamunan. Dahinya
berkerut-kerut.

"Apa? Kau panggil aku ke?", soalnya blur.

"Ha? Apa benda lah kau ni. Yela! Habis siapa lagi, kau je sebelah aku."

Fatimah mencebik. "Huh, apa-apa jelah. Hah, kenapa?"

"Kau tahu ada budak baru kat sekolah ni?"

"No. Tak pun, dan aku tak nak ambil tahu langsung."

"Iyeke?", Ikwan menyepetkan matanya. Fatimah menjengilkan mata. What
the? Mamat tu memang nak cari nahas agaknya!

"Cikgu Khairiah datang!!", jerit Ramu *india muslim*

"Assalammualaikum, Cikgu Khairiah.", Dafiq selaku ketua kelas memberi
salam diikuti pelajar yang lain.

"Waalaikumusalam, semua. Hari ni kelas kamu ada murid baru. Kawanlah
dengan dia ya.. Baiklah, Muqrish boleh masuk." Pelajar baru itu pun
masuk. Semua mata kini tertumpu padanya.

"Ceh, kata tak nak ambil tahu langsung.", sindir Ikhwan perlahan sambil
menyiku lengan Fatimah.

"Heh?", Fatimah menjelingnya tajam. Fatimah memandang ke luar tingkap.

"Saya Muqrish Kahn Byun Tae Bin Ahmad Salleh alias Mat Salleh dari
Sekolah Sri Bunga Tahi Ayam dan berasal dari negeri Pahang. Panggil Muqh
je. Sila beri tunjuk ajar dan saya kacukan Korea tau.", katanya seraya
menunduk hormat.

Murid perempuan sudah woo-woo kecuali Fatimah yang sedang ketawa. Slow je.

"Byuntae? Kawan aku ada cakap maksud Byuntae ialah gatal. Ya, sebab
ramai kawan aku minat k-pop.", bisik hatinya. "Muqrish Gatal? Waah,
mesti mamat ni gatal kan? Tak sanggup aku nak bayangkan.", monolognya
sendiri.

"Baikla, Muqrish kamu boleh duduk di tempat kosong sebelah Ramu."

"Padan muka.!", tanpa sedar perkataan itu terkeluar dari mulut Fatimah.
Cepat-cepat dia menutup mulut menggunakan tangan. Muqrish memandang
kasut Fatimah lalu memandang wajahnya sambil tersenyum sinis.

"Kasut kau koyak nampak stokin busuk.", perli Muqrish.

Semua menggelakkan Fatimah. Ah, sudah! Macam-macam bala ada!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience