BAB 12

Family Completed 22397

Entah kenapa dia rasa macam bodoh sangat padahal kunci tu kat tepi
longkang dijawabnya dalam longkang. Kertas soalan ditangan dilipat dan
disimpan di dalam beg. 28/40 bersamaan 70%.

"Markah kau berapa Timah oi?", tanya Ikhwan. Fatimah menjeling.

"Engkau?", Fatimah menyoalnya pula.

"34/40.. hebat tak aku? A tuh.. 85% kau ada?", dengan nada seperti memerli.

Fatimah menggeleng.

"Berapa?", soalnya ingin tahu. Gaya macam nak minta penampar mamat ni.
Nak aje aku korek mata dia.

"82%", jawab Fatimah bohong. 28 betul diterbalikkan jadi 82% kan? Oklah
dari dia, 34 betul diterbalikkan jadi 43%. Nampak sangat kau dah ngok
wahai Timah oi!

"Mana ada 82%.. kau mengarut apa hah? Kalau ada pun mesti ada titik
perpuluhan. Jadi markah kau 80% atau 83%??"

Fatimah mencebik. Tak guna kau Ikhwan..!

"70% lah!! Memang markah aku asyik naik turun je kan!? Doakanlah supaya
gred purata markah turun! Aku pun nak A!!!", Fatimah keluar dari kelas.
Taknak melayan mamat yang menyakitkan hati. Arghhh!

"Sorryla, Timah oi!", laung Ikhwan. Dia kembali ke tempat duduknya.

Cuba bayangkan kelas kedua tercorot pun ada dapat 90%. So, itu sekolah
cerdik lagi bijaksana. Tak murid je pandai.

Sebulan telah berlalu,

Hari pencapaian anugerah UPSR. Sedang cikgu sibuk menyusun hadiah, ada
rasa sedikit kekecewaan di hati. Fatimah tunduk. Kalau boleh, boleh tak
kalau ujian je? Result tak payah tunjuk. Rasanya elok macam tuh. Kalau
dah study tapi result still teruk. Nak buat macam mana. Dah takdir.
Bertabahlah wahai diri. Memang Fatimah teringin nak masuk asrama. Dia
memicit-micit dahi.. Otaknya laju berfikir /'Perlu ke ada result?'.
Memang jawapannya 'Mestilah perlu!'.

"Fatimah, kau rasa kau berapa A?", soal Izzah.

"1B 4C.", itu jelah yang dapat dia katakan. Dahlah tak study ada hati
nak cakap 5A. Memang tak malulah kalau macam tuh.

"Emm.. Tak semestinya..", kata Tania pula seperti ingin memujuk.

"Janganlah cakap dengan aku!", Fatimah bingkas bangun dari duduknya
meninggalkan Izzah dan Tania yang termangu-mangu melihatnya berkelakuan
sebegitu walaupun memang selalu dia macam tuh. Dia orang tak rapat jadi
akan pelik tengok si Timah macam tuh.

Fatimah nak tak nak mengambil keputusannya dari pengawas sekolah.

NUR FATIMAH BINTI HAJI. MAT NASIR
6 MERAH

BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) A
BAHASA MELAYU (PENULISAN) B
BAHASA INGGERIS B
MATEMATIK C
SAINS C
PEKA 1

______________________________

Matanya membuntang luas. Alhamdullilah, 1A pun jadilah.. dari tak ada A
langsungkan? Fatimah tersengih seperti kerang busuk. Muqrish datang ke
arahnya. Mengintai-ngintai keputusan di tangan Fatimah.

"Eh, mamat Byuntae~", sindir Fatimah.

"Eipp! Respect me okay? Kau tuh 1A je.. Jangan panggil aku Byuntae boleh
tak? Aku menyampah." Fatimah meniru kata-katanya perlahan.

"Hoi!"

"Oh, ayam! Apa dia? Kau dengar ke?"

"Kau ingat aku buta? Dahlah~ setakat 1A? Heh, babun pun boleh dapat. Kau
tahu apa? Betul la orang kata! Bimbo.. Harap je muka cantik tapi bodoh!
Kesian abah kau en?", Muqrish menunjukkan keputusannya sambil tersenyum
menyindir. Fatimah senyum paksa.

"Harap muka handsome! Tapi perangai tak serupa! B-Y-U-N-T-A-E!! Itu baru
sama.. sayang.. perangai macam setan! Kalau pandai tapi perangai sama
macam setan, tak guna jugak kau proud!"

Langkah Muqrish terhenti. Dia mengepal-ngepal buku limanya.

"Cakap tak serupa bikin! Cermin diri kau tuh sikit..! Kau tuh orang
miskin je! Hari-hari makan ikan masin..! Tak payah cakap besar dengan
orang kaya macam akulah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience