BAB 5

Family Completed 22397

FATIMAH ke tempat duduknya. Setelah duduk, dia melihat ke
bawah mejanya dan mendapati sebuah kotak dibalut kemas dengan reben.
Kawannya iaitu Rina dan Sara sudah woo-woo di sebelahnya. Fatimah
menjeling mereka tajam. Huh!? Whatever lah..! Lantas, membuka ikatan
reben dan terkejut beruk apabila melihat seekor katak melompat keluar
dari kotak hadiah itu. Fatimah menjerit ketakutan lalu berlari keluar
dari kelas. Geng lelaki di dalam kelasnya sudah mentertawakannya. Ya,
itu kerja dia orang! Fatimah menutup wajah malu. Itulah siapa suruh dia
berlagak sangat tadi, kan dah terkena kat batang hidung sendiri.

"Omaigad! Malunya ada kawan macam dia ni!", perli Sara perlahan.

"Apa kau cakap tadi?", tanya Rina tidak jelas.

"Diamlah kau!", Sara menjulingkan matanya.

Fatimah melihat keadaan sekeliling kelasnya. Kut-kut muncul depan dia.
Hah, pengsan jugak karang! Secara nak tak nak, dia melangkah masuk ke
dalam semula. Lega! Katak dah tak ada, mungkin lari sebab takut tengok
muka terkejut dia persis bidadari beruk kut. Ish-ish-ish..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience