BAB 11

Family Completed 22397

Malam itu Salina tidur di rumah Farah. Nak tengok berita, kalau-kalau
nelayan termasuk Pak Mat, abah Farah yang pergi ke laut sudah dijumpai
atau belum.

"Farah, aku bukak tv tau? Tengok berita." Farah mengangguk.

Plug tv dipasang dan suis ditekan. Biru lepastuh kelabu. Tiada siaran.
Mereka berpandangan.

"Are you don't have any channel?", soal Salina. Memang minah tuh suka
speak english.

"Angin kuat dekat luar sebab tuh tak ada siaran. Bukan tak ada
channel.", terang Farah.

Sebenarnya dia tak sanggup tengok berita, tapi disebabkan ingin tahu
keadaan abahnya. Terpaksalah on tv. Tiba-tiba......

'Berita terkini di Pantai Meranti, Kampung Sri Meranti. Kejadian ribut
petir dan ombak yang beralun kuat menyebabkan sampan yang dinaiki
nelayan di kampung ini pecah. Beberapa mayat telah dijumpai
terapung-apung di tengah-tengah laut. Mayat nelayan-nelayan itu masih
dikenal pasti disebabkan perut yang telah kembung dan membengkak di
tubuh badan setelah seminggu. Sekian laporan saya. Pemberita Shakillah
Mahmud.' /*tak pandai nak buat.*

Fatimah yang memerhati dari bilik telah mendengar berita itu. Dia
mengunci bilik lalu duduk di sudut katil. Lidahnya kelu untuk
berkata-kata. Apa betul abahnya sudah meninggal dunia? Di kepalanya
ligat berfikir adalah salah seorang dari mayat nelayan itu ialah
abahnya. Fatimah tunduk.

Farah memeluk Salina sambil menangis teresak-esak. Salina bersimpati
dengannya.

"Sabarlah, tak semestinya mayat tu ada Pak Mat sekali. Lagipun mayat
belum dikenal pasti, aku yakin Pak Mat hidup lagi. Kita tunggu je berita
esok pagi eh? Sabar ye. Kuatkan semangat, Insya-Allah.", Salina membalas
pelukannya.

**********

Setelah mendengar berita pada pagi itu, hati Farah sedikit lega kerana
antara mayat yang dijumpai tiada nama abahnya. Tapi dia masih risau
dengan keadaan abahnya dengan umurnya hampir melonjak ke-59. Tahun ni
abahnya sudah 58 tahun dan telah pun genap semalam. Ya, semalam ialah
hari ulang tahun kelahiran abahnya.

ABAH orangnya baik, tabah, kuat, suka tolong orang,
sedekah, jaga solat dan hampir semua yang baik ada pada diri abah. Abah
masih kuat cari rezeki. Abah berharap duit di tabung haji sudah banyak
dan cukup untuk abah menunaikan rukun Islam yang kelima. Abah nak sangat
pergi tunaikan haji dan umrah jika kesampaian. Doa abah nak meninggal di
sana. Abah. Semoga abah selamat.

"Abah mana?", soal Fatimah.

"Dekat hospital.", balas Farah pendek.

"Doakan adik boleh jawab UPSR, adik pergi dulu akak."

Setelah menyalam kakaknya, Fatimah bergegas ke sekolah supaya tidak
terlambat. Hari keramat yang dinanti-nantikan. Boleh tak aku dapat 5A?
Janganlah 5C! Ya ampun! Nak pengsan aku macam ni. Study pun ala kadar
jaa. Apa nak jadi aku ni? Baca buku tak sampai 5 minit terus tutup.
Study matematik sampai soalan susah sikit macam pecahan dengan ruang dan
bentuk terus tolak tepi. Aduyai, Fatimah oi!

Semasa di dewan peperiksaan, Fatimah gelabah. Kakinya asyik terhentak
meja sehingga pensil dan pemadam jatuh berguling-guling tepat pada kaki
pengawas peperiksaan. Ah, masak! Pengawas peperiksaan meletakkan pensil
dan pemadam di atas meja. Fatimah sambung jawab soalan pemahaman.

"Susahnya.. 3. Ali _______ tergelincir apabila ingin mengambil kunci
yang terjatuh di _______ longkang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience