BAB 6

Family Completed 22397

Kringggggg!!!! waktu rehat

Fatimah sahaja yang berada di dalam kelas pada waktu itu. Dia merenung
bekal yang dibawakan oleh abahnya agak lama sedikit. Ya, itu karipap
hasil air tangan abah dia sendiri. Apa seorang abah tak pandai masak?
Walaupun, cara abahnya mengelim karipap tak serupa bentuk karipap tapi
rasanya sama saja. Dia je terlampau cerewet depan rezeki.

"Karipap ke gamat ni? Tak serupa karipap pun. Err," dia menolak bekalnya
sedikit jauh. Geli nak merasa agaknya.

Cikgu Zunaidah selaku guru pendidikan Bahasa Melayu masuk sedikit awal
untuk menyemak kertas soalan 'PENULISAN' Percubaan UPSR Peringkat Negeri
kepunyaan pelajar kelas 6 Merah, kedua tercorot dari 5 kelas di sekolah
rendah itu.

"Cikgu! Kertas penulisan 6 Merah ke? Dah tanda saya punya? Dapat markah
berapa? A ke B? Ke C atau D? Cakaplah cikgu..", soalnya bertubi-tubi.
Cikgu Zunaidah terlopong.

"Fatimah? Ya, ni kelas kamu punya 6 Merah. Baru tanda 7, kamu punya tak
tanda lagi.. Esok, lusa cikgu bagilah ya..? Lagi satu, kamu ni tak rehat
ke? Tu bekal abah kamu bawakkan, tak makan ke?", soal Cikgu Zunaidah
pula. Fatimah terlopong.

"Cikgu ni.. Tak sedaplah karipap gamat ni, gelilah nak makan. Cikgu
nak?" Cikgu Zunaidah menggelengkan kepala.

"Kamu ni, Fatimah. Abah kamu dah bawakkan makan jelah. Kan kamu tak
bawak duit belanja, tak apalah. Kalau kamu tak nak jugak karipap tu,
bagilah cikgu. Lagipun, cikgu laparlah," Fatimah mengerutkan dahi lalu
bangun dan memberikan bekalnya kepada Cikgu Zunaidah.

"Err.. ok? Jemput makan cikgu, nanti lalat datang pulak," Cikgu Zunaidah
tersenyum lalu mengambil seketul karipap dan menggigitnya.

Selepas beberapa minit telah pun berlalu, murid-murid 6 Merah masuk ke
kelas dan memulakan sesi pembelajaran seperti biasa.

Fatimah mengangkat kepala semasa sedang menyalin nota yang diberikan
oleh cikgunya. Kepalanya seperti dibaling sesuatu.

"Aduh!", dia mengadu sakit sambil menggosok-gosok kepalanya lantas
memusingkan kepala untuk melihat orang tersebut.

Krikk.. kriikk..

Dia menampar pipinya, "Khayalan aku je kut."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience