BAB 4

Family Completed 22397

PAK MAT *menyediakan sarapan untuk anak-anaknya. Fatimah
sedang bersiap-siap manakala Farah telah duduk di meja makan. Farah
memandang wajah abahnya yang kelihatan sayu. Kasihan abah,
berpenat-lelah menjaga kami. Farah bangun lalu membantu abahnya.

"Abah duduklah biar Farah je yang goreng.", Farah mengambil sudip dari
abahnya.

"Along, nanti kamu lewat pergi sekolah. Hari ni kamu ada peperiksaan
kan?", soal abahnya inginkan kepastian.

"Iya bah, hari ni Farah ada periksa. Sejarah kertas 3. Tak apalah, bah.
Farah tak kisah, lagipun emak didik supaya bantu abah dan bukan susahkan
abah.", dia mengangkat bergedel goreng yang telah siap digoreng ke
pinggan sebelum dihidangkan diatas meja makan. Abahnya tersenyum tawar.

"Abah doakan kamu boleh jawab ya soalan tu nanti. Baca doa, istighfar
banyak-banyak sebelum peperiksaan bermula.", pesan abahnya.

"Terima kasih, okey abah. Yang ini Farah bawak ya?", sambil menunjukkan
bekalnya yang baru diisi tadi lalu mengukirkan senyuman manis.

Fatimah menyandang beg sekolahnya ke dapur. Matanya bersinar apabila
ternampak bergedel yang terletak di atas meja makan. Ternganga tidak
percaya abahnya sendiri boleh melakukan bergedel kegemarannya selain
arwah emak, Hjh. Siti Husnul Hotimah Binti Malik.

"Wah, bergedel abah? Sedap ni!" Fatimah mencapai sebiji bergedel dan
menyumbat ke dalam mulut.

"Urm.. sedapnya!! Abah buat sendiri ke?", soal Fatimah.

Abahnya tersenyum. "Abah beli segera je, lepas tu abah goreng. Mana nak
dapat ayam untuk letak dalam bergedel ni kan? Lagi pun harganya tak
mahal. Sebungkus, RM1.30 aje. 60 biji semunya. Bolehla kamu bawak bekal
ke sekolah.", kata Pak Mat. Fatimah menganggukkan kepala.

"Okey abah! Ini Timah bawak ye? Sedap dari karipap semalam.", Fatimah
terus mencapai tupperware lalu memasukkan beberapa biji bergedel
kedalamnya. Tangan mencapai sebji lagi dan menyumbat kedalam mulut.
Fatimah menghulurkan tangan kepada abahnya untuk bersalam.

"Bye, abah!", dia terus berlari ke sekolah sambil membawa kasut. Farah
memandang abahnya, kelihatan air muka abahnya berubah sedikit kecewa.
Farah mengambil mug yang tersusun di tepi sinki. Dia membuat kopi untuk
abahnya.

"Nah abah, kopi. Minunlah, Farah buat suam je. Senang abah nak minum
nanti.", Farah menghulurkan mug kepada abahnya. Hulurannya disambut.

"Abah, pukul 7.00 pagi dah jala ikan kan? Hati-hati abah."

"Terima kasih long. Along bagitahu Timah yang abah mungkin balik esok
atau lusa. Nanti Along masakla apa yang ada. Lauk pun ada, cukup-cukup
untuk kamu berdua."

"Abah.. tak perlula pergi, along risau. Lagipun, angin dengan ombak laut
kuat bulan ni. Sampan abah mungkin bocor nanti. Abah jangan pergi
ek..?", pujuk Farah. Laju-laju abahnya menggeleng.

"Tak Farah, itu kan kerja abah. Abah kan nelayan, nak jual ikan lagi.
Penduduk kampung kan memang hampir setiap hari dengan ikan, keropok
ikan, keropok lekor, ikan kering, ikan masin, semua produk ikan. Kalau
boleh, produk kecantikkan ikan pun ada.", gurau abah sambil ketawa.
Farah terus menyalam abahnya.

***********

"Oi, Timah!", sapa Ikhwan. Fatimah tersedar dari lamunan. Dahinya
berkerut-kerut.

"Apa? Kau panggil aku ke?", soalnya blur.

"Ha? Apa benda lah kau ni. Yela! Habis tu siapa lagi, kau je sebelah aku."

Fatimah mencebik. "Huh, apa-apa jelah. Hah, kenapa?"

"Kau tahu ada budak baru kat sekolah ni?"

"No. Tak tahu pun, dan aku tak nak ambil tahu langsung."

"Iyeke?", Ikhwan menyepetkan matanya. Fatimah menjengilkan mata. What
the? Mamat tu memang nak cari nahas agaknya!

"Cikgu Khairiah datang!!", jerit Ramu *india muslim*

"Assalammualaikum, Cikgu Khairiah.", Dafiq selaku ketua kelas memberi
salam diikuti pelajar yang lain.

"Waalaikumusalam, semua. Hari ni kelas kamu ada murid baru. Kawanlah
dengan dia ya.. Baiklah, Muqrish boleh masuk." Pelajar baru itu pun
masuk. Semua mata kini tertumpu padanya.

"Ceh, kata tak nak ambil tahu langsung.", sindir Ikhwan perlahan sambil
menyiku lengan Fatimah.

"Heh?", Fatimah menjelingnya tajam. Fatimah memandang ke luar tingkap.

"Saya Muqrish Kahn Byun Tae Bin Ahmad Salleh alias Mat Salleh dari
Sekolah Sri Bunga Tahi Ayam dan berasal dari negeri Pahang. Panggil Muqh
je. Sila beri tunjuk ajar dan saya kacukan Korea tau.", katanya seraya
menunduk hormat.

Murid perempuan sudah woo-woo kecuali Fatimah yang sedang ketawa. Slow je.

"Byuntae? Kawan aku ada cakap maksud Byuntae ialah gatal. Ya, sebab
ramai kawan aku minat k-pop.", bisik hatinya. "Ahmad Muqrish Gatal?
Waah, mesti mamat ni gatal kan? Tak sanggup aku nak bayangkan.",
monolognya sendiri.

"Baikla, Muqrish kamu boleh duduk di tempat kosong sebelah Ramu."

"Padan muka.!", tanpa sedar perkataan itu terkeluar dari mulut Fatimah.
Cepat-cepat dia menutup mulut menggunakan tangan. Muqrish memandang
kasut Fatimah lalu memandang wajahnya sambil tersenyum sinis.

"Kasut kau koyak nampak stokin busuk.", perli Muqrish.

Semua menggelakkan Fatimah. Ah, sudah! Macam-macam bala ada!

**********

"Rilekla brader..", kata Rina. Fatimah menoleh.

"Aku sakit hati ni! Ah, kau pun sama dua kali lima.. Kawan paling tak
guna!!", Fatimah menengking. Sara terkejut lalu menarik tangan Rina.

"Aku kawan paling tak guna? Terima kasih atas kutukan dan tengkingan
engkau, wahai Fatimah. Selama ni aku belanja kau makan, pun kau layan
aku macam sampah! Memang tak kenang budi kau ni!", Rina terus blah dari
situ. Fatimah mengeluh panjang.

"Rina.. Rina.. Afrina Hanani!! Come backkkkkk!!!", Sara mengejar Rina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience