BAB 13

Family Completed 22397

Dua tahun kemudian, (2007/Tingkatan 2)

Di hospital,

Fatimah memandang wajah abahnya sayu. Abah. Percaya atau tak, Fatimah
dah genap 14 tahun. Hampir berbulan - bulan abah koma. Abah bukalah
mata. Timah rindu abah. Slip keputusan UPSR digenggam. Sudah banyak kali
dia berbuat demikian. Moga-moga abah dapat tengok slip nih. Walaupun tak
seberapa. Fatimah memegang tangan abahnya. Farah mengusap lembut rambut
adiknya. Seorang jururawat masuk kedalam wad abah.

"Maaf dik, tolong keluar. Tak boleh melawat lama-lama. Lagipun masa
melawat pesakit dah tamat.", terang jururawat wanita itu lembut.

"Tapi dia abah saya! Takkan tak boleh lama-lama?" Farah memandang
Fatimah. Kepala digeleng tanda tidak boleh.

Fatimah memusingkan tubuhnya. Dipandang lama sebuah hospital yang besar
betul-betul di hadapannya. Abah ada di dalam sudah 2 tahun. Mungkin
kurang atau lebih. Tanpa sedar air mata bergenang di tubir mata.

"Adik nangis lagi? Janganlah nangis. Akak pun rindu abah jugak."
Cepat-cepat air mata diseka. Fatimah kini memandang tanah. Tidak dapat
menahan sebak.

Flashback 2 tahun lepas

Fatimah pulang kerumahnya selepas tamat persekolahan sesi pagi.. Semasa
sedang menuruni bukit yang agak curam, Fatimah ditolak jatuh sehingga
masuk kedalam parit dengan sengaja. Fatimah memandang keatas dan
ternampak Muqrish dan dua orang gengnya yang lain gelak terbahak-bahak.*

*"Woii! Kotorlah baju aku!", jerit Fatimah bengang.

*"Oh, yeke? Tak tanya pun.. kesiannya~ kalau kau naik basikal kan.. aku
rasa lagi parah! Ok lagi aku tolak macam tu je. Sebenarnya aku kalau
boleh, nak je tendang kau. Hahaha.!! Haahahhah!!!", sambung gelak
lepastuh terus blah.

Fatimah memukul air. Dia bangun keluar dari parit. Ya ampun, baju basah
kuyup. Buku confirm basah. Kasut makin koyak, lusuh! Dia balik dan jumpa
abah. Dipaksa suruh beli kasut baru.

"Alahai, koyak sikit je pun! Itu pun..", bebel Farah. Fatimah menjeling
lalu memandang abahnya semula.

*"Malu lah nk pakai kasut koyak. Orang lain pakai kasut baru cantik -
cantik... Kenapa Fatimah tak?! Fatimah dah pakai kasut ni 4 tahun Bah..!
Empat tahun!!!! Bah~!?"*

"Tunggulah habis darjah enam dulu.. Insya-Allah, nanti abah
fikirkan..", abah tersenyum.

"Janjilah abah! Timah nak kasut baru!! Kasut nih ketat sangatlah..."

"Insya-Allah nak,"

End FlashbacK

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience