Bab 4

Romance Series 5432

Suasana di kedai mamak sememangnya sibuk sepanjang masa. Aku awal malam ini, kawan-kawanku masih belum tiba.Seperti biasa jika hujung minggu, memang kami akan berjumpa di sini sebelum bermain futsal. Aku hanya memesan minuman.

Bahu ku di tepuk dari belakang. Aku menoleh melihat mereka yang tersengih , berdiri di belakangnya.

"Awal kau hari ni... Rindu kitaorang ker....?", Jamiey menyakat.

"Haa... yelah. Aku rindu kat korang...",Khai juih mulut.

Ramesh dah bantai gelak. Pian hanya tersengih.

"Kau tak de, game tak best la.. .", Ray memuncung.

"Elleh ....macam la tak biasa main tanpa aku...", Khai menggiat.

Telefon Khai bergegar. Khai segera menyentuh butang hijau. Kawan-kawannya terkebil-kebil melihat kelajuan Khai. Tak pernah-pernah begitu.

"Assalamualaikum. Anny..."

Masing-masing berpandangan apabila mendengar Khai berbicara dengan lembut. Khai meletakkan jarinya ke mulut supaya kawan-kawannya tidak berbicara.

"Hum kat luar. Saya nak main futsal dengan kawan-kawan..."

Diam sejenak mendengar bicara di sana.

"Tidurlah dulu... Pagi esok saya call awak okey..."

"Sweet dreams....good night...", Khai tersengih.

Kawan-kawannya melopong.

"Kau bercinta ker Khai?", Pian bagi soalan direct.

"Tak delah...Kawan jer...", Khai masih tersengih.

"Ah sudah...", Ramesh memegang kedua pipinya bagaikan tak percaya.

"OMG Khai jatuh cinta....", Ray bersuara.

"Hei korang ni... mana ada... aku baru kenal dia k...kawan jer...macam aku dengan korang la...Jom la main game...", Khai bangun dari kerusinya.

Kawan-kawannya turut bangun mengikut langkah Khai.

*************

'Haih...malas aku nak balik rumah mama....'

Namun terpaksa juga dia pulang apabila di maklumkan abangnya mengalami kecederaan akibat terjatuh motor.

Selepas bermain futsal tadi, ibunya menelefon menyuruhnya segera balik ke rumah.

************

Sebaik tiba di perkarangan Villa Melati, Pak Rais dah sedia menunggu untuk membuka pintu pagar.

"Thanks Pak Rais..."

Pak Rais hanya mengangguk.

"Mood mama macam mana?", tanya Khai.

Pak Rais tersengih.

"Macam itulah...tadi Datin belum tidur lagi..."

Khai sudah faham jika Pak Rais berkata begitu. Alamaknya bernanah dulu la telinganya.

Dengan perlahan, Khai memulas tombol pintu. Khai melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan. ' Harap-harap la mama dah tidur....' Khai menghela nafas perlahan selepas melepasi ruang tamu. Kakinya melangkah menaiki tangga dengan perlahan. Setibanya di tingkat atas, Khai menuju ke bilik abangnya. Belum sempat tangannya membuka pintu abangnya, terdengar suara dari belakangnya.

"Baru balik, adik....."

Khai menoleh. Terkedu memandang ke arah ibunya. Namun dia terus tersengih mencari alasan supaya ibunya tidak meneruskan leteran seperti biasa.

"Yer mama... adik tengok abang dulu..."

"Em yelah... Abang baru jer tidur tu. Jangan kejutkan dia..."

'Fuh...sib baik...'

Khai terus masuk ke bilik abangnya. Melihat abangnya yang nyenyak tidur, dia menarik selimut yang telah berada di hujung kaki lalu menyelimuti tubuh abangnya. Khai memandang wajah satu-satunya abang kandungnya.

'Alhamdulillah...hanya calar-calar.. Ni mesti takut pergi hospital ni... Dah tua bangka pun penakut...hihi...', Khai tersengih.

Khai mencium lembut ubun-ubun abangnya sebelum dia berlalu ke biliknya yang bersebelahan.

***********

Bunyi beep di telefon menandakan mesej yang baru masuk. Khai yang sedang mengeringkan rambut dengan tuala, terus membuka wasap.

~Assalamualaikum... *Anny*

Khai tersenyum. Laju tangannya menaip.

~Waalaikummussalam... princess... *Khai*

~Awak dah balik? *Anny*

~ Yer..baru siap mandi...*Khai*

~Kenapa tak tidur lagi?... *Khai*

~Tak dapat tidur...*Anny*

~Esok tak kerja? *Khai*

~ Kerja.... *Anny*

Khai duduk di tepi katil, lantas menelefon Anny.

"Assalamualaikum...."

"Waalaikumussalam..."

Kedengaran serak suara Anny. Khai berkerut kening.

"Kenapa dengan suara awak.. ? Awak demam...?", Khai tak senang duduk.

"Tadi okey... sekarang tekak rasa perit.. saya dah makan ubat...tapi tak hilang lagi sakit...."

" Awak kat mana?"

" Rumah sewa..."

"Tak ada kawan serumah...?"

"Saya tinggal sorang...", Anny terbatuk-batuk.

"Awak bagi alamat...Nanti saya suruh kawan saya bawa awak ke klinik..."

"Khai, saya okey...."

"No....Awak tak okey...."

"Yelah saya hantar alamat nanti..."

"Tak ada nanti-nanti.... bagi sekarang juga....", tegas Khai.

Selepas memutuskan talian, Khai menunggu wasap Anny. Kedengaran beep ,terus dia membuka.

Tanpa menunggu, Khai menelefon kawannya di Kuantan.

"Assalamualaikum Noni...."

"Waalaikumussalam Khai..."

"Sorry ganggu you malam-malam ni..."

"Ada apa Khai....?"

"I nak minta tolong you tengokkan kawan I kat sana, boleh?..."

"Errr Khai...Sorry... I kat Phuket sekarang.... Holiday dengan hubby I....bulan lepas I dah beritahu you can..."

Khai menepuk dahi.

"Sorry Noni...I lupa..."

"I'm sorry Khai tak dapat tolong..."

"It's okey... happy holidays....take care..."

Talian di putuskan.

Khai memegang kepalanya.

' Aduh macam mana ni...'

Matanya tertancap pada jam di biliknya. Sudah menginjak ke pukul 12.

***********

Perlahan Khai membuka pintu bilik kerja ayahnya. Dia melihat ayah masih lagi membuat kerja.

"Papa..."

Datuk Khairi menoleh.

"Oh adik..."

Khai segera bersalam dengan ayahnya.

"Mama dah tidur...adik nak bagitau yang adik nak ke Kuantan sekarang..."

Datuk Khairi mengerutkan dahi.

"Kawan adik sakit, tak ada sesiapa dapat tolong...."

"okey ,hati-hati... Nanti papa beritahu mama esok..."

"Thanks papa...."

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience