Bab 7

Romance Series 5432

Sinar mentari menerobos kamar tidurku membuatkan aku terjaga. Jam loceng di meja solek ku pandang sepi. Sudah menginjak pukul 10 pagi. Langsir yang terkuak, aku melihat sepi. Sejenak aku berfikir.

'Bukankah semalam langsir bilik tertutup...'

Aku bingkas bangun lalu keluar dari bilik menuju ruang tamu. Namun ruang tamu kosong. Aku menuju ke ruang dapur, namun kelibat Khai juga tiada. Kecewa tak usah di ucap. Kerusi di meja makan, aku tarik perlahan.

Aku melihat satu kertas memo di atas meja. Terkedu sejenak apabila melihat isi memo. Aku tersenyum senang.

~Saya pergi Kuala Terengganu atas urusan kerja. Nanti petang saya balik. Jangan lupa sarapan dan makan ubat. Tunggu saya balik....-Khai~

Tudung saji di atas meja ku angkat. Aku tergelak melihat dekorasi Khai.

'Cantiknya..Sayang lak nak makan...'

Aku termenung seketika.

'Jadi Khai tak balik KL...', aku tersenyum kembali. Tiba-tiba perutku terasa lapar. Pinggan di tarik ke depan. Aku mencuit sedikit.

"Emm sedapnya...."

Akhirnya sarapan di hadapanku licin. Sedap sangat.

'Kenyang la pulak...'

Teringatkan pesanan Khai. Ubat ku ambil lalu menelannya dengan sedikit air putih.

Aku mengorak langkah ke ruang tamu.

'Aku nak buat apa ya... tengok tv la....'

Remote ku picit mencari cannel yang menarik. Namun satu pun tak menarik perhatianku. Akhirnya aku menutup kembali. Aku mencapai telefon.

'Yeay layan kuch kuch hota hai la.....'

Aku berbaring di atas sofa sambil melayan movie.

*******

'Anny buat apa ya?', aku tersenyum. Kunci kereta ku putarkan untuk menghidupkan enjin kereta. Telefon di tangan di belek. Buat seketika aku menaip untuk menghantar wasap. Namun aku kembali memadamnya.

'Tunggu saya, Anny....'
Satu ketukan pada cermin kereta membuatkan aku melepaskan tangan pada gear. Aku memandang ke arah gadis yang berdiri di tepi pintu kereta. Aku menurunkan cermin.

"Ya...Ada apa lagi, Jun...?"

"Bos tak nak makan dengan Dato' Alex dulu ker....?"

"Tak... Awak suruh jer Encik Emran temankan Dato'. Saya urgent ni...."

"Okey bos...kalau Dato' Alex tanya...?", Jun membuat wajah.

"Saya dah beritahu dia tadi....Saya gerak dulu...", ujarku sambil menaikkan cermin kereta sebelum memasukkan gear.

Jun yang melihat kereta Khai yang bergerak laju meninggalkan kawasan restoran, mengetap bibir sambil menghentakkan kaki. Sukar untuknya mendekati lelaki itu. Dia dah lama menyukai lelaki itu, namun Khai tak pernah pandang sebelah mata pun kepadanya.

Aku melihat dari cermin sisi akan gelagat Jun. Tersenyum seketika. Bukan aku tidak tahu. Sengaja aku buat-buat tak tahu. Hanya pengurus besar yang tahu tentang diriku. Pekerja-pekerja lain hanya mengenaliku sebagai Encik Khai.

'Biarlah....' malas nak melayan.

Aku meneruskan pemanduan ke Kuantan. Tak sabar nak berjumpa Anny. Aku senyum lagi.

'Comel betul dia tidur pagi tadi...'

********

Aku yang sedang membuka pintu rumah mengerutkan dahi apabila mendengar tangisan halus. Segera aku meluru masuk. Melihatkan Anny yang menunduk sambil menangis. Aku tak keruan.

"Awak...kenapa ni?", gundah aku melihatnya.

Anny mendongak melihatku dengan kaget. Rembesan airmata di pipinya masih mengalir.

"Awak demam lagi ker..?", aku memegang dahinya dengan risau.

Anny menunduk sambil menggeleng.

"Habis tu....?"

Anny menunjukkan telefonnya. Mataku terbuntang sebelum tawaku meledak. Spontan jariku menjentik dahinya. Menangis tengok movie rupanya.

"Awww...", Anny mengaduh. Namun dia turut ketawa bersamaku.

"Buat saya risau jer...ingatkan apa tadi...."

"Sorry....", Anny bersuara perlahan.

Aku hanya tersenyum melihatnya. Terus aku memeluknya. Anny terkedu.

"I miss you...."

'Sorry Anny...I nak you di sisi I....walau apa pun terjadi...', hatiku berbisik.

Anny akhirnya membalas pelukanku.

"I miss you too...."

'Maafkan saya, Khai....saya tak nak kehilangan awak...', bisik hati Anny sambil mengeratkan lagi pelukan.

Aku melepaskan pelukan sambil membetulkan rambutnya. Anny hanya menunduk.

"Jom...masak... saya dah lapar...", aku menarik jemarinya.

Anny hanya menurut.

********

"Ikut saya balik KL....", Khai bersuara selepas selesai mengemas dapur.

Aku tercengang.

"Kerja saya...."

"Lupe ek ...awak kan dah kena pecat.....",Khai merenung wajahku.

Aku diam sejenak.
"Saya tak bagitahu keluarga saya lagi...", aku serba salah.

"Awak beritahu la hari ni... esok ikut saya ..",

"Tapi....",aku terkedu apabila jari telunjuk Khai di bibirku. Aku melihat wajahnya.

"Saya tak nak dengar alasan.... kerja dengan saya..", Khai menggeleng kepala.

"Saya suka kerja kat situ....", aku sedikit sedih.

"Awak akan suka dengan kerja baru nanti....," Khai tersenyum.

Aku merenung wajahnya. Akhirnya aku mengangguk apabila melihat senyuman Khai. Sungguh aku tak mampu menolak permintaan Khai.

"Okey...tapi keluarga saya..."

"Okey, macam ni... pagi esok kita beritahu keluarga awak, lepas tu terus bertolak naik KL, boleh...", Khai memegang kedua-dua pipi Anny.

Anny tersenyum. Pipinya memerah.

"Saya nak mandi...Awak nak ikut .....?", Khai bersuara sedikit nakal.

Aku memusing badan membelakangi Khai kerana malu. Kepalanya menggeleng.

Khai ketawa nakal sambil mengusap rambutku sebelum berlalu ke bilik tetamu.

Aku memegang dadaku. Berdebar-debar. Tanganku meraup wajah.

'I love you ...Khai....', hanya berbisik di dalam hatiku.

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience