Bab 3

Romance Series 5432

'Haish... camne ni....', mata Anny melirik pada jam yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Tangannya di letakkan pada kepalanya.

'Nak solat macam mana? Wuduk? Ahhh aku dah lupa...'

Mukanya di raup. Sungguh dia kecewa kerana sudah bertahun-tahun tidak solat. Pertama kali seorang lelaki mengingatkannya tentang solat. Lelah memikirkannya. Akhirnya dia tertidur.

Jam telefonnya berdering. Anny bergerak pulas. Tangannya tergapai-gapai mencari di mana letaknya telefon. Dengan mata yang masih tertutup, jarinya hanya melarik atas skrin. Senyap. Dia juga menarik selimut menutupi kepalanya.

Tidak sampai 5 minit, telefonnya berdering lagu Syantik. Dia mendengus.

'Siapa pulak?'

Telefon di ambil.

"Hello...mmm...", perlahan dia menjawab dengan mata terpejam.

"Assalamualaikum... Morning princess..."

Mata Anny terbuka terus. Bulat matanya apabila mendengar suara pemanggil.

"Hah... Khai... Waalaikumussalam....", dia melihat skrin telefon.

"Alamak...", bulat mata melihat jam 9.35 pagi.

Kedengaran suara Khai tengah gelak.

"Dah siap?", tanya Khai.

"Wait.. Saya kemas sekarang...", terus Anny memutuskan panggilan.

Kelam kabut Anny mengemas. Dia hanya menukar baju. Sudah tak sempat nak mandi. Matanya meliar sekeliling supaya tiada apa yang tertinggal. Segera dia mengangkat beg. Pintu bilik di buka. Khai menyandar di tepi. Dengan t-shirt putih, berseluar warna hitam. Rayban terselit pada leher bajunya.

'Kacaknya dia...'

Anny bicara sendiri.

Khai tersenyum ke arah Anny. Tangannya menguak rambut ikal Anny.

"Awak tak mandi eh?...", Khai sengih.

Anny terkedu. Darah merah menyerbu naik ke muka. Khai gelak melihat pipi Anny yang blush tiba-tiba.

"It's okay dear.... Awak masih cantik walaupun tak mandi....", Khai menarik beg dari tangan Anny.

Anny makin malu.

"Awak...", Anny cuba mengurangkan gundah hatinya.

"Yer... nak saya dukung ker...",Khai sengih gatal.

Anny menarik muka cemberut.

"Dah la. Nanti terlepas bas... Cepat...", Khai menarik jemari Anny supaya mengikutnya.

Anny menonong mengikut tarikan Khai. Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta. Anny teringatkan sesuatu.

"Khai, saya belum bayar lagi penginapan...", Anny cemas.

Khai hanya tenang memandu.

"Khai.... patah balik...", arah Anny.

"Hey... jangan risau. Saya dah bayarkan...."

"Hah... bila..?"

"Masa tunggu Anny keluar...."

"Kunci ni....?", tunjuk Anny.

Khai mengambil kunci bilik.

"Now , jangan fikir... ", Khai melajukan sedikit pemanduannya.

Mereka tiba jam 10.07 pagi.

"Alamak...macam mana ni...? Tentu mereka dah pergi...", Anny resah.

"Jom tengok dulu...."

Khai meninjau.

"Tu pun bas. Betulkan? Anny tengok tiket...."

"Yelah... thanks Khai, tolong teman saya..."

Khai hanya tersenyum. Tangannya menghulurkan sesuatu.

" Nah... nanti makan atas bas.. Tak elok sangat skip sarapan..."

Anny melihat Khai dengan sayu. Khai sangat prihatin orangnya. Dalam sehari, Anny jatuh cinta lagi.

"I don't want to say goodbye...", matanya berkaca.

"So don't do it...", Khai meletakkan tapak tangan ke pipi Anny.

"Take care.... Jangan lupa solat...", jarinya menyeka titis mutiara di pipi Anny.

Anny mengangguk.

"Call me anytime....", ujar Khai sambil memandang langkah Anny yang memijak tangga bas.

Khai melambai tangan pada Anny yang sudah melabuhkan duduk di tepi tingkap. Anny membalas dengan mata berkaca.

Bas berlalu pergi.

Seseorang menepuk belakang Khai.

"Bukan main kau yek.... Nasib baik la Abang Man tu okey bila aku suh tunggu kejap..."

Khai menoleh ke arah lelaki di belakangnya. Dia tersenyum.

"Thanks Daud. Jom aku belanja makan..."

"Okey jer. Aku pun dah lapar ni. Kau datang ni mesti kena ganti abang kau kan....?"

"Tau tak apa... Kau tak nak kerja dengan aku ker?"

"Aku dah cakapkan, aku kena jaga orang tua aku. kalau tak, dah lama aku ikut kau..."

Sambil bercakap mereka mencari meja kosong dekat food court.

"Nak makan apa, oderlah. Aku belanja...", Khai sudah pun melabuhkan duduk.

"Malu la..."

"Ceewwh... malu konon.... kita kenal berapa lama... "

Daud tersengih.

Daud memang selalu jumpa dengan Khai jika Khai datang ke sini. Kawan baik katakan. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah.

*****

Aku sudah sampai KL. Terus balik apartment. Malas nak balik ke rumah keluarga. Bingit telinga dengan bebelan ibu.

Sedang enak berbaring, aku teringatkan Anny. Lantas aku mencapai telefon membuka aplikasi wasap.

~ Awak dah sampai?*Khai*

~Belum... 40 minit lagi baru sampi stesen.*Anny*

~Sampai rumah ,wasap saya.. k.*Khai*

~ Okey. Awak dah sampai?*Anny*

Khai ambil gambarnya yang berbaring atas katil lalu di hantar kepada Anny.

Tak lama, muncul gambar Anny yang sedang meletakkan kepala pada cermin tingkap bas.

Khai tersenyum.

~ Cantik...*Khai*

~ emoji blush..*Anny*

~emoji mencium...*Khai*

~ Gatal....emoji marah *Anny*

~Dengan awak jer.*Khai*

~ Yelah tu... awak rehat la dulu. Nanti saya wasap bila sampai...*Anny*

~ okay dear...take care...emoji kenyit mata.*Khai*

~ yer..., tuan putera,..*Anny*

Khai tersenyum. Mimpi indah bakal bertandang dalam tidurnya. Matanya makin memberat. Terus terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience