Bab 9

Romance Series 5432

Aku merenung wajah sendu Anny yang terlena di tempat duduk bersebelahanku. Tampak begitu letih. Mungkin kerana perjalanan yang jauh atau kerana bersedih dengan ibunya pada pagi tadi.

' Biarlah dia tidur dahulu...', matanya tertancap pada jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.25 malam. Aku membuka sedikit jendela supaya udara beredar di dalam ruang kereta. Penghawa dingin ku buka sedikit rendah.

Aku menyandar pada kusyen sambil merenung Anny.
'Apa yang aku buat ni? Mati aku, kalau mama tahu aku jatuh cinta dengan minah ni... Masalah betul la....' Tanganku meraup rambut ke belakang.

Mataku terus merenung wajah Anny yang lena. Tanpa sedar tanganku menguak rambut di dahi Anny.

Anny bergerak sedikit. Aku kaget. Dia sudah membuka mata, aku menarik tangan lantas duduk tegak.

"Dah sampai...?"

Aku hanya mengangguk. Terus aku membuka pintu dan keluar menyandar di tepi pintu kereta.

Anny terpinga-pinga sebentar. Aku berdiam diri sebentar menghilangkan perasaan gelabahku.

"Jom,", aku menjenguk melihat Anny. Aku membuka pintu belakang mengambil beg Anny.

Anny keluar sambil memandang apartment di hadapannya. Melopong sebentar.

Aku menarik tangan Anny perlahan menuju ke lif.

******

' Luasnya apartment ni....'

Aku terkebil-kebil melihat ruang yang terbentang di hadapannya. Aku melihat Khai yang terus menuju ke sebuah bilik sambil melambai. Perlahan-lahan aku menuju ke arah Khai.

"Ini bilik awak.", ujar Khai sambil meletakkan beg di lantai.

"Luasnya....thank you Khai...", aku merenung wajah Khai.

"Saya takkan tinggal sini, so awak kena jaga apartment ni macam rumah awak sendiri ,ok?"

"Em..",aku menganggukkan kepala.

"Awak duduk dulu, nanti saya masak untuk awak...", Khai ingin berlalu.

Aku menyauk jemarinya. Khai berpaling ke arahku.

"Biar saya yang masak... Awak dah penat drive kan tadi...."

Khai tersenyum manis ke arahku, wajahku merona. Aku melepaskan tangan Khai, terus menuju ke dapur. Aku memegang pipiku yang kepanasan. Hatiku juga berdegup kencang.

'Argh...dah parah ni...'

Aku berpaling, tak semena-mena kaget apabila melihat Khai yang merenungku.

"Er..awak duduk la dulu....", ujarku gugup.

Khai mendekat. Kakiku kaku.

"Saya tunjukkan tempat barang-barang dulu...", ujar Khai yang tersenyum sambil mencuit hidungku.

Aku terkedu. Mau meletup dadaku jika setiap hari begini dengan Khai.

"Bahan basah semua dalam freeze... Bahan kering Ada dalam kabinet ni. Kalau ada yang habis, awak just give me know...okey...",

Aku hanya mengangguk sambil membuka freeze.

"So awak nak masak apa?", ujar Khai sambil menyandar di kabinet.

"Awak tunggu kat luarlah, malu saya nak masak....", Aku tersengih.

"Okey...", Khai mendekati sambil memelukku sejenak.

Khai melepaskan pelukan lalu berlalu ke ruang tamu. Aku masih berdiri di situ. Masa bagaikan terhenti. Dadaku seakan ingin meledak.

********

Aku memegang dadaku.

'Jangan la meletup...kau giler peluk Anny tu kenapa...aduh....'

Deringan telefon mengejutkanku. Aku memegang kepala apabila melihat nama yang tertera. Tombol hijau ku sentuh.

" Assalamualaikum mama..."

"Waalaikummusalam.... Tak balik rumah mama ker?"

"Nanti Khai balik kejap lagi..."

"Mama ada hal nak bincang dengan kamu..."

"Yelah...tapi Khai tak janji balik pukul berapa ni..."

"Emmm yelah.. mama cakap dengan kamu pagi esok...."

"Okey..."

Aku termenung seketika. Pelik mendengar suara ibunya yang bernada lembut tidak seperti biasa yang selalu bersuara keras.

Bau yang sedap, membuat aku terbangun menjenguk ruang dapur. Leka melihat Anny yang sedang mengoreng. Sungguh seperti keluarga bahagia sahaja.

Anny menoleh setelah menutup api dapur. Tersentak melihatku. Aku suka dengan ekspresinya. Sungguh comel.

"Dah siap? Masak apa?"

"Er... goreng bihun jer....", Anny tersengih.

"Sedap baunya...."

Aku ambil pinggan sebelum Anny menyenduk ke dalam pinggan.

Aku menyudu ke mulut sambil terdiam. Anny kelihatan gelabah.

"Kenapa? Tak sedap ker...?", Anny mengambil sudu Khai mencuba bihun dari pinggan Khai. Dia mengerutkan wajah.

Aku ketawa melihat telatahnya. Hampir tersembur bihun dalam mulutku.

"Sedap jer....saja nak kenakan awak."

Anny dah memuncungkan mulut.

"Ingatkan apa tadi...."

"Sorry....", Aku meneruskan suapan.

Anny juga mengambil sedikit bihun sambil tersenyum melihat Khai yang bertentangan dengannya.

******

"Saya balik dulu... Ni kunci pendua... kalau sesiapa yang datang,jangan bagi masuk selain saya. 2,3hari ni, saya nak awak rehat betul-betul sebelum masuk kerja. Sebelum tu, awak siapkan resume dulu...okey...", Khai berpesan sambil menyauk kasut.

Aku terkedu.

'Resume....', pucat seketika wajahku.

Khai mendongak melihat aku.

"Kenapa?..."

"Tak de apa-apa", aku menggeleng.

"Saya pergi dulu. Jaga diri.... Apa-apa masalah, call saya..."

Aku mengangguk. Sudah tak terkata apa dah. Tanganku automatik melambai apabila Khai melambai sebelum menutup pintu.

Aku terduduk.

'Mati aku....kalau Khai tahu siapa aku, masih sayangkah dia padaku...'

Aku berasa sungguh bodoh kerana mengikut Khai ke KL.

'Apa aku nak buat....Aku tak sanggup lepaskan Khai...'

Aku menekup wajahku kekesalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience