Bab 5

Romance Series 5432

Ketukan di pintu menyedarkan Anny dari tidur. Dengan lemah dia cuba bangun untuk membuka pintu. Perlahan dia berjalan. Kepalanya makin pusing. Anny cuba menarik kunci sekuat tenaga. Sangat lemah. Sebaik saja terbuka, Anny terpana melihat raut wajah Khai di hadapannya. Namun matanya makin kelam.

"Anny...."

Tubuh Anny kemas di raih Khai. Segera Khai membaringkan di atas sofa.

'Panasnya....'

Khai meletakkan tangan di dahi Anny. Jelas di wajahnya kegusaran.

***********

Terasa sejuk di dahiku, tangan kirinya mengagau ke dahi. Tuala basah di pegangnya. Matanya tunak ke susuk tubuh yang duduk menyandar pada sofa.

Aku bangun perlahan supaya Khai tidak terjaga. Tangan kanannya yang berada dalam genggaman Khai di tarik perlahan.

Wajah Khai yang sedikit keletihan di pandang. Laju airmataku mengalir.

Khai yang terasa tangannya kosong, terpisat-pisat bangun. Menoleh pada Anny di atas sofa. Tangan Anny di raih.

" Kenapa...? Sakit kat mana?", Khai memegang bahuku.

Aku hanya menggeleng.

Khai menyeka airmataku. Aku menjadi sebak. Tidak pernah sesiapa pun yang terlalu ambil berat padanya.

"Shhhh... jangan menangis... Saya ada..."

Aku terus memeluk Khai. Khai menepuk perlahan belakangku.

Buat sejenak, aku tersedar khilafku. Lalu melepaskan pelukan. Wajahku merona kemerahan. Aku malu dengan tingkahku. Sedangkan kami baru berkenalan tak sampai 2 minggu.

Khai tersenyum melihat telatah Anny. Khai meletakkan tapak tangannya ke dahi Anny.

"Em dah sejuk dah...."

Aku jeda seketika. Mulutku terkunci.

"Kejap....", aku bingkas bangun berlalu ke dapur.

Aku hanya melihat perlakuan Khai.

" Oleh kerana sekarang sudah tengahari...Kita lunch aje lah....", ujar Khai sambil memegang dulang.

Aku merenung wajahnya.

"Kenapa?"

"Awak cakap kawan awak yang akan datang..."

"Owh...dia holidays..."

"Jauh awak datang...", aku menunduk.

"Look... Anny... Saya risaukan awak..."

Daguku di raih lembut oleh Khai. Mataku berkaca.

"Awak dari KL sampai sini...."

"Untuk awak... Saya sanggup... Makan sikit k... penat saya masak ni...", Khai menyuakan nasi goreng ke mulut Anny.

Aku membuka mulut menyambut suapannya. Aku mengunyah perlahan, tekakku masih perit. Khai menghulurkan segelas air.

"Awak dah makan?"

Khai hanya tersenyum.

"Awak makan dulu...saya makan kemudian...okey..."

"not okey....Awak kena makan juga....", tanganku memegang tangannya.

Khai merenung mataku. Dadaku bagaikan ingin pecah menahan debaran.

"okey...", lalu di suap ke mulutnya.

"Sekarang awak pulak...", Khai menyuakan sudu berisi nasi.

Aku tergelak. Aku sedar di saat-saat ini, aku menjadi tamak. Ingin terus di sisi Khai. Sungguh aku rindu padanya. Aku tidak ingin masa berlalu.

Khai membetulkan rambutku. Mata kami saling bertentangan. Tangannya mengusap lembut pipiku.

Deringan telefonku mengejutkan tingkah kami. Khai melarikan tangannya.

Aku segera mengangkat panggilan.

"Assalamualaikum... "

"Waalaikumussalam...akak ni. Akak nak cakap, Anny tak perlu la datang kerja..."

Jeda.

"Saya minta maaf kak...Saya tak sihat... Esok saya pergi kerja...."

"Tak perlu.... Kami dah cari orang lain...."

"Akak....", aku jeda bila panggilan di putuskan.
Airmataku mengalir lagi.

Khai memegang tanganku.

"Kenapa?"

"Saya kena pecat..."

Khai memelukku.

"It's okey dear... Jangan fikir hal tu.. sekarang ni awak kena sihat dulu.... pasal kerja, saya akan uruskan... okey...."

Aku terkedu mendengar bicara Khai.

"Sekurang-kurangnya awak takkan jauh dari saya lepas ni...."

Aku terpaku. Adakah Khai juga punya perasaan yang sama denganku. Namun aku tak berani nak bertanya. Aku takut jika sebaliknya. Sungguh aku penasaran.

****************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience