Bab 6

Romance Series 5432

" Haish.... adik ni....Tak habis-habis susahkan mama... Dah la abang sakit pun, boleh dia tinggalkan... Apa yang penting sangat kawan dia tu sampaikan malam-malam buta pun drive ke Kuantan....."

Datin Manisah membebel dari tadi. Suaminya hanya menggeleng kepala melihat telatahnya.

"Sudah-sudah la...naik bingit dah telinga saya dengan abang....."

Khalid tersengih apabila mendengar ayahnya bersuara.

"Awak dengan anak awak pun sama.... Kalau nak buat apa-apa, tak ada nak fikir orang lain... asyik pentingkan diri jer....."

Datuk Khairi menggaru kepala yang tak gatal. Mana menang lawan bini.

Khalid tersengih.

"Haa kamu yang tersengih tu kenapa.... awek baru mintak clash dah jatuh moto....bila la kamu nak bawa menantu untuk mama....asyik putus jer...lambat lagi la mama nak dapat cucu macam ni...."

Khalid menunjukkan jari ke muka sendiri. Dia membuat muka kepada ayahnya.

'abang la lak kna leter....'

Datuk Khairi menjungkit bahu.

"Aduh mama.... sakit..."

"Mana...? Sakit kat mana?..", Datin Manisah menerpa ke arah anaknya.

"Sakit....sakit dekat hati....",terkekeh Khalid ketawa.

Dek kerana geram, Datin Manisah menepuk belakang anaknya.

"Aduh....mama...."

Tergeliat sebentar.

Datuk Khalid gelak besar melihatnya.

"Haa kan dah mendapat..."

*************

Aku membetulkan selimut yang sedikit melurut dari badan Anny. Bantal ku letakkan rapat ke sisinya. Aku betulkan rambutnya yang sedikit menutupi wajah.

'Anny, I'm sorry.....'

Aku melurutkan rambut ke belakang. Aku bingkas bangun keluar dari bilik lalu menuju ke sofa. Sengaja aku menyuruh Anny tidur di dalam bilik. Lebih selesa.

Kerlipan cahaya di skrin telefon tertera nama si pemanggil. Aku mendengus. Aku menekan simbol angkat.

"Hello sayang.....", kedengaran suara nyaring.

Aku melarikan sedikit telefon dari telinga.

"Assalamualaikum...dah tak reti-reti nak bagi salam dulu....", aku berkata lembut.

"I miss you sayang.... bila nak datang jumpa I....lama you tak datang jenguk kedai I.....", suaranya sedikit merengek.

" I busy ...nantilah kalau ada free ,I pergi..."

"I dah break....!"

"Kenapa pulak....?"

"I tak boleh.... I nak you..."

"Listen Lily....antara kita hanya kawan dan rakan kongsi...."

"No...I nak lebih dari tu....I nak you...I tak nak orang lain... kalau you tak datang jumpa I sekarang, you akan menyesal ,Khai....", jerit Lily.

"Lily,you jangan buat kerja gila....Lily....Lily...."

Panggilan telah di putuskan Lily. Aku panik. Aku Cuba menghubunginya beberapa kali namun tidak berjawab. Aku hubungi Samsul yang tinggal berdekatan dengan Lily.

"Assalamualaikum Sam.... boleh kau pergi tengokkan Lily... dia buat kerja gila...thanks...."

Aku meraup wajahku. Pintu bilik Anny yang terbuka di pandang. Sedarkah dia? Aku menuju ke arah katil. Setelah aku membetulkan selimut, aku mencium lembut dahi Anny.

"Maafkan saya, Anny....", perlahan aku bersuara.

Aku terus keluar selepas mengunci pintu dengan kunci pendua yang aku ambil dari Anny.

*************

Aku membuka mataku sebaik sahaja pintu bilik di tutup.

"Khai....",

Aku menangis lagi mengenangkan Khai pergi meninggalkanku untuk gadis bernama Lily. Perit dadaku terasa begitu sakit di pegang erat.

Cinta yang hadir amat menyakitkan walaupun belum bermula. Amatlah pedih menahan rasa.

Akhirnya aku terlena jua dalam sendu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience