Bab 1

Romance Series 5432

Tenang hatiku melihat ombak yang menghempas ke dada pantai. Lengan kemejanya di lipatkan hingga ke siku. Sambil berjalan , dia sempat melemparkan senyum kepada gadis-gadis yang asyik melihatnya. Aku hanya tergelak kecil melihat keterujaan mereka.

Aku hanya menyandar di pokok ru sambil melihat jam di tangan. Sudah pukul 6.50petang. Aku memandang ke arah dada langit.

'Alang-alang di sini, boleh la tengok matahari terbenam.'

Dari kejauhan, aku melihat sepasang kekasih sedang bertengkar. Entah apa penyebabnya. Lelaki tersebut melangkah pergi. Puas gadis itu menjerit memanggilnya, namun lelaki itu tidak menoleh sedikit pun. Gadis itu terduduk. Aku hanya memerhati.

Seketika kemudian, aku melihat gadis itu bangun meluru ke gigi pantai. Aku terkejut.

'Biar betul. Takkan nak bunuh diri pulak?....'

Aku meluru ke arahnya. Gadis itu sudah tenggelam timbul di permukaan laut. Aku terus berlari laju.

Gadis itu hampir tenggelam. Aku segera berenang ke arahnya. Hampir saja aku kehilangannya. Aku segera memauknya lalu berenang ke tepi. Aku menariknya ke tepi pantai.

'Boleh tahan berat minah ni'

Aku meletakkan jari di hidung. Tiada nafas. Tanganku mencari nadi di tangannya. Masih berdenyut. Tanpa berfikir panjang, aku terus melakukan CPR. Setelah beberapa kali mencuba, akhinya gadis itu memuntahkan air dari dalam perutnya. Aku melepaskan nafas lega. Lantas berbaring di sebelahnya.

Mataku tunak memandang matahari yang sedang terbenam sebelum menoleh ke arah gadis di sebelah kirinya. Matanya terpaku. Si gadis yang turut memandangnya juga turut terpaku.

Buat seketika mereka saling terpesona. Si gadis terbatuk-batuk. Mungkin kerana tertelan air laut. Aku menggelabah lantas duduk sambil mendudukkannya.

"Awak okey tak?"

Gadis itu mengangguk.

"Jom..."

"Mana?"

"Klinik..."

"Tak perlulah."

Aku tidak endahkannya. Lantas aku menarik tangannya menuju ke arah keretaku yang di parkir berhampiran.

*****

Aku membawa ke klinik Santosh. Klinik itu yang paling dekat.
"Saya temankan....."
Gadis itu nampak teragak-agak. Akhirnya dia mengangguk.

"Saya pergi toilet jap....", aku memberitahunya.

Segera aku bergegas ke toilet. Siap bersihkan apa yang patut, aku keluar. Di hadapan tandas, aku bertembung dengan seseorang.

"Eh Khai..."

"Eh Halim...."

"Lama tak jumpa kau..."

"Ye lah sejak sekolah dulu kan... Kau kerja sini ker?"

"Haa... Kau tak berubah lansung. Masih macam dulu....."

"Hahaha... aku sama jer..."

"Kau buat apa kat sini...?"

"Jumpa klien la...."

"Ni kenapa basah?"

"Terjun laut.... Hahaha...."

"Arr lawak la sangat... Eh aku kena gerak dulu. Meh nombor telefon kau... Nanti boleh lepak-lepak dengan kau kalau aku pergi KL....."

"Meh aku masukkan nombor aku. Telefon aku dalam kereta...."

Halim menghulurkan telefonnya. Khai segera menyambut dan laju menaip.

"Nah..."

"Okey Khai, chow dulu."

Mereka berjabat tangan sambil melagakan bahu.

Aku melirik ke arah Halim yang berlalu. Kakiku segera melangkah ke depan. Gadis itu duduk menunggunya dengan plastik ubat di tangan. Beberapa pelanggan lain asyik melirik ke arahnya.

"Dah siap...?",tanyaku sambil menghulurkan tangan kepadanya.

Dia malu-malu menyambut tanganku. Kepalanya di anggukkan. Pelanggan lain sudah berbisik-bisik. Aku tak ambil pusing. Kami berjalan keluar menuju ke kereta.

Sebaik saja kami masuk ke dalam kereta, aku berpaling ke arahnya.

"Awak tinggal mana?"

"Er chalet Abah..."

Aku tersenyum.

"Samalah dengan saya.... Saya Khai...", ku hulurkan tangan.

Dia teragak-agak ingin menyambut, namun melekat jua di tapak tanganku.

"Anny..."

Serak suaranya kedengaran, menjentik hatiku. Sedap kedengaran di halwaku. 'Seksi... Suara macam Rani Mukherjee...'

Anny tak senang duduk apabila Khai merenung tunak padanya.

"Er Khai..."

"Emmm...", kedengaran suara serak basahku. Tersentak dari renungan pada wajahnya.

"Kita nak duduk sini ker...?"

Aku berpaling, lantas teringat enjin pun belum di hidupkan lagi. Aku ketawa.

"Sorry to say... cause Anny cantik sangat...", aku mengenyitkan mata.

Anny terpanar, darah menyerbu ke muka. Malunya dia.

Setelah kereta bergerak menuju ke chalet Abah. Masing-masing berdiam diri. Sunyi.

"Jangan buat macam tadi lagi. Walau berat macam mana pun ujian kita. Kita tak layak ambil nyawa sendiri....", Khai memecahkan kesunyian.

Anny menunduk. Suara Khai yang lembut menyentap tangkai hatinya. Ya dia terlupa. Terlalu ikutkan hatinya yang sakit. Anny teresak. Khai terpana.

"Saya tak berniat nak buat awak sedih... Maaf..."

"Tak... Saya yang salah. Sebab terlalu percayakan dia....", Anny berkata perlahan.

"Lupakan aje. Ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni yang boleh bahagiakan awak....", tuturku lembut.

Masakan ada lelaki yang akan menolak gadis ini . Dengan bulu matanya yang lentik, wajah bujur sirih, kulit kuning langsat, bibir bak delima. Cantik sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience