BAB 10

Romance Completed 3103

“Tak ada apa-apa. Saya sakit hati bila dengar awak tak dapat hapuskan sumpahan jadi saya pergi la marah bon… eh Ratu Lara.” Hampir saja dia tersasul.

“Boleh. Saya boleh hapuskan sumpahan ni. Tapi jika seseorang mampu mencintai dan terima saya seadanya.” Albert menyeka perlahan air mata Lorna.

“Awak masih ada saya. Lorna, saya cintakan awak. Dari dulu hingga sekarang saya tetap cintakan awak. Percayalah,” ujar Albert sambil tersenyum.

“Terima kasih Albert. Saya pun sayangkan awak…” Albert telah mengoyakkan senyum gembira tapi sekejap apabila Lorna menyambung, “tapi saya tak cintakan awak. Serius. Lorna tak rasa yang Lorna cintakan Albert. Maafkan Lorna.”

“Tapi kenapa? Awak perlu jatuh hati pada saya untuk hapuskan sumpahan ni. Saya akan bantu awak.”

“Tak mungkin. Saya tak mungkin sukakan awak, Albert. Dalam hati saya sudah ada seseorang. Cuma saya tidak tahu siapa dia. Maafkan saya.” Tersentak Lorna bila melihat Albert yang sudah memegang buluh runcing. Kenapa dia pegang buluh tu? Mana dia dapat? Pelbagai persoalan yang bermain di benaknya.

“Saya takkan benarkan orang lain dapatkan awak. Jika saya tak dapat awak orang lain pun tak akan dapatkan awak kerana… kita akan mati bersama.” Belum sempat buluh itu terkena Lorna merasakan tubuhnya tertolak ketepi dan jatuh tercium tanah. Lorna terkedu. “E..ry?” pantas Lorna memeluk Samuel. Rindu dan bersalah menerpa hati.

“Fulamak! Romeo datang la pulak. Nampaknya tak lama lagi cita-cita kau nak mati dengan Juliet akan terlaksana. Aku akan laksanakan cita-cita kau tu.” belum sempat Albert menyerang, Samuel menghalang.

“Tunggu!”

Samuel menarik nafas lalu menyambung, “Lorna perlu tahu pasal kau. Lorna, si Albert ni bukanlah orang yang baik selama ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience