BAB 6

Romance Completed 3103

“Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu tempat?” soal Samuel dengan dahi yang berkerut.

“Kau lupa ya Samuel ? Kau dan Lorna pernah bawa aku kat tempat ni.”

SEORANG kanak-kanak yang sedang tunduk memeluk lutut menarik perhatian Lorna dan Samuel. Lorna menanti Samuel memulakan perbicaraan namun Samuel menolak Lorna supaya menegur budak lelaki tersebut. Kemudian terjadilah adegan tolak menolak antara Lorna dan Samuel.

“Kamu berdua ni kenapa?” teguran budak lelaki itu membuatkan perbuatan Samuel dan Lorna terhenti.

“Erk… ka..kam.. kami nak berkenalan dengan awak. K..kenapa awak nam..pak sedih?” tegur Lorna dengan perasaan takut. “Saya Albert. Saya tak ada kawan. Semua orang tak nak kawan dengan saya. Saya sedih.” Melihat kolam air mata Albert hampir pecah cepat-cepat Samuel menyambung. “ Siapa cakap awak tak ada kawan? Saya Samuel dan Lorna akan menjadi sahabat awak sampai bila-bila,” ujar Samuel seraya menepuk dadanya. Selepas berjanji setia. Samuel dan Lorna membawa Albert ke pengkalan rahsia mereka berdua. Tempat dimana mereka berdua menghabiskan masa bersama.

Sedar tidak sedar sudah hampir setahun mereka bertiga berkawan. Namun kemesraan Samuel dan Lorna menimbulkan rasa iri dalam hati Albert. Pelbagai cara yang digunakan oleh Albert untuk memisahkan dua sahabat tapi nasib tidak meyebelahinya apabila Albert terpaksa mengikut ibu bapa angkatnya berpindah.

“Kamu mesti gembira kan bila aku pergi? Nanti kau boleh dekat-dekat dengan Lorna. Kau dengar sini Samuel aku akan dapatkan Lorna walaubagaimana cara sekalipun. Ingat tu !” bisik Albert. Samuel pula terkedu mendengar kata-kata sahabatnya itu. Walaupun masing-masing masih berumur 10 tahun namun kelihatan matang dalam perbicaraan dan pergaulan.

Terlopong Lorna melihat sahabat lamanya itu. Ingin dipeluk-peluk Albert. Namun melihat jelingan Samuel mematikan hasratnya. ‘Apa kenalah budak ni nak main jeling-jeling pulak, sakit mata ke bang?’

“Kenapa awak balik sini Albert ?” tanya Samuel bersahaja. “Aku dengar Lorna terkena sumpahan jadi aku balik sini cuma nak pastikan berita tu. Aku jumpa budak-budak sekolah, mereka cakap Lorna dah jadi raksasa.” Lorna mencebik. Senyuman terukir di bibir Albert bila melihat gadis pujaannya. Ah, betapa rindunya dia pada seraut wajah comel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience