BAB 7

Romance Completed 3103

Samuel naik geram apabila mata Albert tidak lepas daripada memandang Lorna. Dengan geram Samuel menarik tangan Lorna supaya berlalu. Lorna hanya menurut. “Izinkan aku untuk bantu kau,Lorna.” Albert yang sedari tadi diam tiba-tiba bersuara. “Tak payah! Nanti menyusahkan saja.”

“Samuel ! kenapa berkasar dengan Albert ? Dia pun kawan Lorna tau. Albert, kalau awak nak tolong boleh tapi saya tak nak menyusahkan awak,” Lorna tertunduk sambil mengerang perlahan. Terkejut Albert saat Lorna mengangkat kepalanya. “Lorna, pertama kali saya tengok awak macam ni dan awak tak akan pernah menyusahkan saya. Percayalah.”

Mereka berjalan menyusuri anak sungai. Sepanjang perjalanan Albert terpaksa menahan panas melihat kemesraan Samuel dan Lorna. Memang dari dulu dia cuba memisahkan hubungan mereka berdua.

Suasana hutan semakin gelap. Lorna pula sudah bertukar dari tadi. Cadangan Albert supaya berhenti bermalam diterima Samuel. Masing-masing berdiam diri. Tiada apa yang hendak dibualkan. Usai sahaja menyalakan api, Samuel melabuhkan punggungnya di sebelah Albert.

“Aku tahu kau datang sini bukan pasal berita Lorna kan?” Albert tergelak kecil.

“Kenapa kau cakap macam tu? Aku tahu kau sukakan Lorna.” Kata-kata Albert buat Samuel menggelabah. “Ma..mana ada. Aku tak suka dialah. Memalukan je.”

“Habis tu, kau selalu ada disamping dia. Tak pernah berpisah pun. Sampai aku nak bercakap dengan Lorna pun susah.”

“Ah ! tak mungkin aku sukakan orang yang macam bini shrek tu. Merepek la kau!” sebaik sahaja Samuel berpaling mahu berlalu dia dikejutkan dengan kemunculan Lorna. Bulu hidungnya berterbangan seperti ditiup taufan.

“Jadi, selama ni Sam anggap Lorna macam bini shrek ya? Memang. Memang Lorna hodoh sangat sampai Sam pun malu nak mengaku kan? Sudahla Ery, lebih baik kau balik. Selama ni kau pura-pura baik dengan aku kan?” belum sempat Samuel mengutarakan alasan Lorna sudah berlalu pergi. ‘Akhirnya jerat mengena. Heh.’ Bisik hati Albert.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience