BAB 1

Romance Completed 3103

Seperti kebiasaan Lorna bangun begitu awal. Lorna turun mengambil angin taman di depan rumahnya.

“Wahh… segarnya,”ujar Lorna dengan mata terpejam. Sedang enak mengambil angin Lorna berasa dirinya sedang diperhatikan. Lorna menoleh namun tiada sesiapa. Tiba-tiba sahaja bulu romanya menegak. Terus diangkat kakinya melangkah ke dalam rumah.

“Kenapa Lorna lari macam nampak hantu ni?” tegur Elizabeth yang pelik melihat kelakuan anaknya. “Tak ada apalah mama. Cuma…erkk... Lorna rasa macam ada orang perhatikan Lorna,”

“Ish. Takkanlah Lorna. Rumah kita kan jauh daripada jiran tetangga. Kamu kan tahu papa sengaja pilih rumah yang jauh setelah kamu dapat penyakit ni,” Elizabeth menggeleng kepala. Namun dalam hatinya bimbang akan anaknya. Dia harus berhati-hati.

Lorna tersenyum kelat. Matanya masih berada dipagar rumahnya. Dia dipagut rasa bimbang. Nyawanya bakal terancam jika sesiapa dapat tahu akan dirinya yang sebenar. Buat masa ini sudah tiga orang pembunuh upahan yang telah dihantar untuk mengambil nyawa Lorna.

Putera Samuel terintai-intai disebalik pagar rumah tersebut. Sesekali dahinya berkerut. Dia pelik apabila apa yang dilihat berbeza dengan khabar angin yang didengarnya. Kata pak ciknya, Vincent disinilah puteri bulu hidung mengurai tinggal tapi yang dilihat hanya gadis cantik yang sedang bermain di taman. Mungkin dia tersilap.

“Esok aku akan cuba siasat lagi.”

PUTERA Samuel tidak dapat menunggu lebih lama. Putera Samuel cuba pula pada malam hari. Dia musykil akan Lorna. Gadis cantik yang dikhabarkan seorang puteri bulu hidung mengurai. Mana mungkin.

“Apa khabar mak cik? Dah lama tak jumpa mak cik.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience