BAB 8

Romance Completed 3103

Albert mengekori Lorna dibelakang. Hari sudah menginjak subuh. Terpaku Albert melihat Lorna yang sudah berubah ke wajah asalnya. Asyik Albert memerhatikan Lorna dia dikejutkan dengan jeritan Lorna.

“Lorna ! kenapa ni?” laju sahaja Samuel mendapatkan Lorna.

“Kau buat apa kat sini. aku suruh kau balik kan? Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi !!” Samuel menunduk. Dia menyesal atas ketelanjuran katanya semalam.

“Jadi, Lorna memang nak Samuel tinggalkan Lorna dengan ‘makhluk perosak’ ni? Okay, Samuel pergi dan takkan ganggu Lorna lagi. Tak akan !” kali ini Samuel betul-betul sebal. Panas hati kerana dia tahu Albert sengaja perangkapnya supaya Lorna membencinya. Setelah Samuel berlalu pergi Lorna melepaskan tangis semahu-mahunya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Samuel pergi namun mindanya menolak.

“Sudahlah Lorna, buat apa menangis sebab lelaki tak guna tu. Awak kan masih ada saya,” ujar Albert sambil tersenyum kemenangan. Lorna tersenyum kelat. Baru sahaja hendak menyambung perjalanan, Lorna seolah-olah terlihat sesuatu. Ya. Dia tidak silap. Itulah Ratu Lara.

“ Wahai Ratu Lara. Masih ingat lagi seseorang yang telah kamu sumpah supaya bulu hidungnya mengurai apabila menginjak senja?” soalan Albert membuatkan dahi Ratu Lara berkerut namun cepat-cepat Albert menindakkan dengan tangan. Mujur sahaja Lorna tidak melihat perlakuannya. Ratu Lara mengangguk perlahan.

“Kenapa kamu datang ke mari? Aku sudah larang kamu datang ke sini bukan?” soal Ratu Lara tegas.

“Saya tidak akan pergi selagi Ratu tidak tarik sumpahan ni! Alasan Ratu sewaktu beri sumpahan ni nyata tidak logik. Seolah-olah rencana seseorang.”

“Apa maksud kamu wahai gadis sumpahan?” Ratu Lara sudah tidak keruan. Begitu juga Albert. Albert ingin mencelah namun Lorna terlebih dahulu menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience